CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 92|Reply: 0

[Sabah] Projek sekolah daif SK Kinabutan Besar siap dua bulan awal

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:17 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Aishahturizdah (tiga kiri) menyerahkan replika kunci kepada Suhaidi dalam majlis penyerahan bangunan sekolah tersebut.

TAWAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan kunci bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kinabutan Besar yang telah siap dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) baru-baru ini.

Jurutera Bahagian JKR Tawau, Ir. Aishahturizdah Ashgul berkata projek naiktaraf kategori sekolah daif ini telah dijalankan pada tahun 2019 dan dijangka siap pada Febuari 2022.

“Bagaimanapun, kerja-kerja naiktaraf telah siap sepenuhnya dua bulan lebih awal iaitu pada 13 Disember lalu dan ditahap yang memuaskan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“JKR Tawau juga sentiasa memantau sepanjang projek naiktaraf dilakukan dan kontraktor yang dilantik melakukan kerja dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Kinabutan Suhaidi Adinin semasa menerima kunci sekolah itu berkata pihaknya sangat berpuas hati kerana projek ini siap lebih awal dan sempurna.


“Saya mengucapkan tahniah kepada JKR Tawau kerana memberikan kerjasama sepanjang projek sekolah daif ini dilaksanakan.

“Setinggi penghargaan juga kepada pihak JKR Sabah, JPNS dan kontraktor Syarikat Tenom Quarry kerana berusaha keras sehingga projek ini berjalan lancar,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD JPNS, Linna Hassin; Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur dan Perolehan JPNS, Fazri Ahmad; Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Zamri Pehakan dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Bangunan, Andrew Durat.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.086241 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list