CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 71|Reply: 0

[Sabah] Penyeragaman harga 'Port to Port' kurangkan harga barang perlu

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Alexander (kiri) dan Shahelmey (tengah) sempat berbual mesra dengan salah seorang peniaga daging ayam semasa tinjauan di Pasar Besar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Program Penyeragaman Harga 'Port to Port' yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membantu mengurangkan harga tiga barang keperluan utama iaitu gula, minyak dan tepung di negeri ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program berkenaan bertujuan membanbtu mengurangkan kos pengangkutan bagi tiga barangan keperluan terbabit.

Katanya, tanpa pengurangan kos pengangkutan, ia akan menyebabkan penambahan kos yang besar membabitkan kos penghantaran dan edaran barangan.

"Kerajaan melaksanakan program ini kerana kita mahu harga barangan yang sampai kepada rakyat sama seperti harga yang dijual di bandar.

"Itulah sebabnya penyeragaman harga ini membantu dalam kos logistik dan perkara ini penting dan perlu ada penambahbaikan," katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau ditemui media selepas Program Pelancaran Siaran Ulang Siar Bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Pasar Besar di sini.

Alexander berkata, KPDNHEP melaksanakan pelbagai program untuk menentukan hala tuju kementerian dalam membantu golongan pengguna dan juga peniaga.

Menurutnya, kepentingan golongan peniaga juga tidak diabaikan untuk memastikan pihak peniaga tidak terjejas terutama dalam menyediakan bekalan kepada pengguna.

Dalam pada itu katanya, tahun ini kerajaan memperuntukkan sejumlah RM240 juta untuk Program Penyeragaman Harga yang melibatkan pengedaran barang perlu, gas petroleum cecair dan 'Community Drumming', manakala RM400 juta untuk Program Penstabilan Harga Minyak Masak dan RM40 juta untuk subsidi tepung gandum kegunaan am.

Sementara itu beliau berkata, pelancaran alat ulang siar yang dipasang di Pasar Besar di sini untuk menjadi rujukan dan saluran advokasi berkenaan dengan norma baharu serta perkara-perkara yang berguna kepada masyarakat.

"Sehingga kini, KPDNHEP memasang enam unit alat ulang siar iaitu di Pasar Utama Pekan Rabu Kedah, Pasar Chowrasta GeorgeTown Pulau Pinang, Pasar Payang Kuala Terengganu, Pasar Utama Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan, Pasar Besar Satok Kuching Sarawak, dan Pasar Tamu Kapit Sarawak," jelasnya.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Syahelmey Yahya.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.086566 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list