CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 78|Reply: 0

[Sabah] Gembira dapat rumah PPRT

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode


MESRA: Azizah (kiri) sedang beramah mesra dengan Abal (kanan) selepas menyerahkan kunci rumah PPRT.

Abal gembira dapat rumah PPRTBEAUFORT: Sepasang suami isteri warga emas di Kampung Nukahan dekat sini kini mampu tinggal dengan lebih selesa setelah menerima kunci kediaman baharu menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Penyerahan kunci itu telah diserahkan sendiri oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun kepada penerima rumah PPRT, Abal Oji, 75, baru-baru ini.

Abal merupakan penerima pertama di Sabah untuk tahun 2022 bagi rumah PPRT yang dikendali oleh GiatMARA yang merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Abal ketika ditemui Utusan Borneo selepas menerima kunci kediaman menzahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai salah satu penerima rumah PPRT yang disifatkannya amat bermakna memandangkan rumah beliau sebelum ini amat daif dan usang.

Walaupun raut wajahnya ditutupi dengan pelitup muka, namun reaksi matanya jelas memancar cahaya kegembiraan seakan tidak percaya bahawa beliau kini akan tinggal di rumah baharu PPRT berkenaan.

"Tidak ada kata-kata yang dapat saya gambarkan betapa syukur dan gembiranya saya serta isteri kerana akhirnya dapat mendiami rumah PPRT ini yang jauh sempurna dan selesa jika dibandingkan dengan rumah kami sebelum ini yang sudah usang.

"Walaupun saiznya tidak setanding rumah lama, namun ia cukup selesa untuk kami berdua tinggal dan meneruskan aktiviti seharian, " katanya semasa ditemui di rumah PPRT baharunya di Kampung Nukahan.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort memberitahu, MARA akan terus melaksanakan program rumah PPRT bukan sahaja di Beaufort tetapi juga di seluruh daerah di negeri ini sebagai usaha memberikan kehidupan yang lebih baik kepada golongan sasar.

Katanya senarai penerima yang layak serta memenuhi kriteria sememangnya banyak namun keutamaan akan diberikan kepada mereka yang amat memerlukan dan terdesak bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan bersemangat.

Terdahulu, sebelum majlis penyerahan kunci kepada Abal, Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Beaufort turut mengadakan Program Bacaan Yasin dan Tahlil Tahun 2022 yang diadakan di Anjung Kompleks Kasih Datin Seri Asbeh Kg Limbawang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


TAHLIL: Sebahagian yang hadir pada Program Bacaan Yasin dan Tahlil Tahun 2022 yang diadakan di Anjung Kompleks Kasih Datin Seri Asbeh Kg Limbawang.

Sejurus penyerahan kunci, Azizah serta rombongan turut mengadakan lawatan ke Bangunan Hub Usahawan Wanita Beaufort di Pekan Beaufort berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Beaufort yang telah siap dibina sebagai usaha meningkatkan potensi usahawan wanita di daerah itu.

Sempena lawatan itu, Azizah diberikan taklimat berkaitan fungsi Hub Usahawan Wanita Beaufort yang diyakini dapat memberikan impak kepada pembangunan usahawan terutama golongan wanita.


TAKLIMAT: Azizah (tengah) mendengar taklimat yang disampaikan semasa mengadakan lawatan ke Bangunan Hub Usahawan Wanita Beaufort.


utusanborneo.com.my/2022/01/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.078398 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list