CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

[Sabah] Tiada laporan beli minyak masak 'bersyarat' di Sabah

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:10 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Tidak ada laporan setakat ini berhubung isu peniaga meletakkan syarat untuk pembelian minyak masak di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya (gambar) berkata, bekalan minyak masak di negeri ini masih mencukupi.

Justeru katanya, tidak ada aduan daripada pengguna berhubung tindakan peniaga yang meletakkan syarat supaya membeli barangan lain seperti gula untuk membeli minyak masak.

"Setakat ini tiada aduan kita terima mengenai tindakan peniaga meletakkan syarat untuk membeli minyak masak.

"Bagaimanapun, kita akan terus memantau isu ini dari semasa ke semasa. Kita tahu memang ada had dua paket sahaja untuk pembelian minyak masak bersubsidi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditanya isu mengenai tindakan peniaga meletakkan syarat untuk pembelian minyak masak di Sabah hari ini.

Shahelmey berkata, bekalan minyak masak paket bersubsidi ada kalanya mengalami kekurangan tetapi tidak kritikal dan hanya berlaku dalam tempoh sehari atau dua hari sahaja.

Sehubungan itu, pihaknya meminta agar pengguna membeli minyak masak paket bersubsidi untuk kegunaan sendiri memandangkan ada juga peniaga-peniaga kecil menggunakan minyak bersubsidi untuk perniagaan.

Sebelum ini, ada dakwaan mengenai tindakan premis perniagaan di beberapa daerah di sebuah negeri di Semenanjung yang mewajibkan pembelian gula untuk membeli satu paket minyak masak.

Terdahulu, Shahelmey mengiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merasmikan Program Pelancaran Siaran Ulang Siar Bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Pasar Besar di sini.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.527990 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list