CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 79|Reply: 0

[Sabah] Dua warga asing hilang ketika keluar memancing

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:06 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Operasi CARILAMAT diaktifkan bagi mencari dua mangsa yang hilang.

SEMPORNA: Dua warga asing dilaporkan hilang selepas keluar memancing di perairan Pulau Mataking pada Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pihaknya telah mengaktifkan operasi CARILAMAT bagi mengesan dan mencari dua mangsa berkenaan.

“Sebaik menerima aduan mengenai kejadian itu, pasukan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi tersebut.

“Operasi tersebut turut dibantu aset daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) danTaman-Taman Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, sektor pencarian dibahagi kepada enam dengan keluasan operasi merangkumi 256 batu nautika persegi dari lokasi kejadian.

“Selain itu, Pos Hadapan CARILAMAT (PHC) juga diaktifkan di Jeti Pelancongan Semporna supaya memudahkan operasi mencari,” katanya.

Norrimi berkata, tiupan angin di perairan Pantai Timur Sabah berkelajuan 40-50 km/jam dan ombak setinggi 2.5- 3.5 meter yang akan berlarutan sehingga 20 Januari depan.

“Komuniti maritim diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri apabila melakukan aktiviti di laut,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.218782 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list