CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 82|Reply: 0

[Sarawak] Bapa tak mengaku rogol anak 12 tahun

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh keluar dari kamar mahkamah selesai sebutan kes.

KUCHING: Seorang bapa mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 12 tahun.

Pengakuan itu dibuat oleh lelaki berusia 36 tahun berkenaan, sebaik pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya.

Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, lelaki bekerja sendiri itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 25 Disember 2021, di dalam bilik tidur isterinya di sebuah rumah di sini, pada jam lebih kurang 7 malam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh.

Hakim Afidah Abdul Rahman bagaimanapun menawarkan ikat jamin kepada tertuduh sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin tempatan serta perlu mematuhi syarat tambahan yang dikenakan pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2022/01/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078531 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list