CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 74|Reply: 0

[Sarawak] Curi jet air, lelaki kena tujuh bulan

[Copy link]
Post time 17-1-2022 04:03 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri sebuah jet air (water jet), September tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Taib Jamel, 34, untuk dikuatkuasakan hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sebuah jet air milik seorang lelaki berusia 47 tahun dalam satu kejadian pada 3 September 2020, di hadapan sebuah kedai di Jalan Sultan Tengah, di sini, jam lebih kurang 4 petang.

Berdasarkan keterangan kes, mangsa menyedari jet air miliknya yang diletakkan di belakang kereta pacuan empat roda telah hilang.

Anggaran kerugian dilaporkan berjumlah RM600.

Susulan itu, laporan polis dibuat dan hasil maklumat daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh mencuri barang tersebut dan menjualnya kepada seorang kawan lain dengan harga RM250.

Oleh itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.251064 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list