CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 70|Reply: 0

[Sabah] Sabah peroleh manfaat besar dalam RCEP

[Copy link]
Post time 17-1-2022 03:52 PM | Show all posts |Read mode


TERIMA KASIH: Hajiji (tengah) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Penganjur bersama yang juga Timbalan Pengerusi KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Majid Khan ketika dalam majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Sabah dijangka mendapat manfaat besar dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang bermula awal bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Sabah berpotensi sebagai hab serantau dalam sektor pembuatan, maritim dan pengangkutan.

"Rancangan kerajaan Indonesia untuk memindahkan ibu negara mereka ke Kalimantan sangat memberikan manfaat kepada Sabah.

"Keadaan ini akan membolehkan lebih ramai pelabur berpindah ke Borneo sekali gus akan mengukuhkan kedudukan Sabah selain memperkasakan ekonomi," katanya ketika merasmikan Sabah International Business and Economic Summit (SIBES) di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelabur tempatan dan luar negara juga mempunyai akses kepada pembangunan pasaran dalam wilayah ini dengan populasi lebih 70 juta penduduk.

Katanya, kerajaan persekutuan juga telah melabur besar dalam pembinaan dan naik taraf Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei serta Kalimantan.

"Saya percaya rangkaian perhubungan ini memainkan peranan penting dalam membina rangkaian lebih luas dan mempromosi hubungan ekonomi," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga telah berusaha untuk memperkasakan sektor digital dalam usaha mendapatkan manfaat penuh kemudahan internet dalam ekonomi era digital.

Menurutnya, kerajaan negeri bekerja rapat dengan kerajaan persekutuan untuk memastikan setiap penduduk dalam negeri ini mempunyai capaian akses kepada kemudahan internet tidak kira di mana mereka berada.

"Kerajaan persekutuan telah memperuntukan RM3.61 bilion bagi menaik taraf kemudahan jalur lebar dan pada masa yang sama  bersedia untuk memperkenalkan teknologi 5G bermula dari 2020 sehingga 2022.

"Kerajaan persekutuan juga sangat komited untuk membangunkan Sabah dan ini jelas dibuktikan dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang mana pembangunan Sabah adalah salah satu fokus utama dalam pelan berkenaan.

"Kami yakin dengan sokongan kepimpinan tertinggi di peringkat persekutuan, Sabah mampu mencapai pembangunan yang diinginkan," Katanya.

Hajiji berkata, Sabah kini sudah bersedia untuk sebarang pembangunan. Kerajaan negeri menyeru kepada semua pelabur, usahawan, peniaga untuk memberikan tumpuan kepada Sabah dan lihat kepada tawaran yang diwujudkan.

"Saya juga menggalakkan anda semua yang hadir dalam Summit ini untuk sentiasa berhubung dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Kami sentiasa berminat dalam penerokaan sebarang kerjasama bagi mewujudkan situasi menang-menang diantara rakan swasta dan awam," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.209243 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list