CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ratusan nelayan dikhuatiri terjejas projek tambak laut dekat Kuah

[Copy link]
Post time 17-1-2022 03:15 PM | Show all posts |Read mode

Seorang nelayan menunjukkan kawasan yang dikatakan bakal terbabit dalam projek tambakan laut dekat Kuah, Pulau Langkawi. - Foto ihsan CAP

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Kedah, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan serta agensi berkaitan supaya mengkaji secara terperinci mengenai pelaksanaan projek tambakan laut dekat Kuah, Pulau Langkawi.

Ia berikutan notis pengambilan tanah daripada Pejabat Tanah Langkawi (PTL) bagi pelaksanaan projek tambakan itu yang didakwa bakal menjejaskan pendapatan ratusan nelayan mencari rezeki di sepanjang Pantai Kelibang hingga Sungai Menghulu.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata tinjauan pihaknya mendapati keputusan itu dibantah kerana ia boleh mengancam alam sekitar dan mata pencarian nelayan terbabit.

Ketika ini, katanya, nelayan berkenaan memperoleh pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan hasil tangkapan ikan, dan antara RM40 hingga RM70 bagi pemungut siput.


"Kita percaya jika projek itu dilaksanakan, bukan saja alam semula jadi akan musnah, malah hidupan laut dan masyarakat nelayan akan turut menjadi mangsa.

"CAP berpendapat sebelum keputusan mengenai perkara ini dibuat, Kerajaan Kedah sepatutnya mendedahkan perancangan awal, hasil kajian dan perkembangan semasa mengenai projek itu kepada umum, terutama penduduk tempatan yang berhak menyuarakan pandangan mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu nelayan, Zulkifli Shamsudin, 50, berkata beliau terkejut dengan pengeluaran notis pengambilan tanah di kawasan berkenaan.

"Kami kesal kerana keputusan itu dilihat dibuat tanpa mengambil kira kesan buruk yang akan berlaku dan terpaksa kami hadapi pada masa depan.

"Bukan saja akan kehilangan sumber pendapatan, malah kami juga berkemungkinan terpaksa berpindah ke tempat lain," katanya.

Pengerusi Komuniti Nelayan Sungai Kelibang, Zulkifli Che Hasin, memaklumkan surat bantahan yang ditandatangani nelayan terbabit, sudah dihantar kepada Pejabat Daerah Langkawi.

"Masalah nelayan di kawasan ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri dan pihak berkaitan, kerana mereka bergantung hidup sepenuhnya pada hasil laut bagi menyara kehidupan keluarga," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.073194 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list