View: 3024|Reply: 53
|
Wanita Dedah Sukar Dapat Kawan Baik Kerana Terlalu Cantik
[Copy link]
|
|
Seorang wanita dikenali sebagai Ariana mendakwa dia terdesak untuk memiliki rakan baik namun sukar menjalinkan hubungan persahabatan dengan mana-mana gadis kerana kejelitaannya.
Ariana yang mempunyai hampir 50,000 pengikut di TikTok mendedahkan 'pretty privilege' dimilikinya itu telah mengganggu kehidupannya menyebabkan dia terpaksa bergelut lebih keras untuk mencari rakan.
Memetik laporan Mirror.co.uk, Ariana sudah menjangkakan akan menerima serangan daripada warga maya apabila membahaskan kesan negatif daripada 'pretty privilege' yang dimilikinya.
Dia berkata, keistimewaan seperti itu wujud dan mengakui kelebihan itu juga mampu menjadikan kehidupan seseorang lebih mudah. Bagaimanapun, dikurniakan dengan 'pretty privilege' turut mempunyai kesan negatif.
"Jarang sekali individu mendedahkan sisi buruk mengenai kelebihan itu. Oleh itu, saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri.
"Saya tidak mempunyai ramai rakan wanita. Sudah lama saya bergelut untuk menambah kenalan wanita namun tidak berhasil. Saya tidak faham kenapa ia terlalu sukar.
"Awalnya, ramai yang ingin meluangkan masa bersama saya tetapi apabila saya lebih menonjol berbanding yang lain, tiba-tiba saya menjadi bahan umpatan mereka," katanya.
Sering berhadapan situasi itu ketika masih menuntut di universiti, Ariana selalu mengadu kepada keluarganya setiap kali berhadapan dengan masalah sama. Perkara itu juga menyebabkan dia lebih selesa berkawan dengan lelaki.
"Saya ikhlas untuk bersahabat. Saya rasa sunyi dan penat berhadapan dengan individu yang menanggap kecantikan itu adalah satu pertandingan. Kita semua cantik dan menawan, bolehkah kita semua berkawan?" katanya.
Di Malaysia, siapa agaknya yang ada kelebihan seperti ini? -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
tak cantik pun. cantik lagi hana aqeela,sofia barakbah dan amyra rosli |
|
|
|
|
|
|
|
sian gila |
|
|
|
|
|
|
|
Alah, cuba ko tanggalkan mekap, sesilap macam muka aku gak hmmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhhh...perasan tahap langit ketujuh! Org tak suka sbb annoyed dgn perangai perasan dia tu yang beno nya... |
|
|
|
|
|
|
|
wow semua cantik2lah, klu tengok ni masih tak cantik tak tau dah ckp apa.... tp yg kat atas pun bagi aku dah cantik
|
|
|
|
|
|
|
|
bootleg version of dua lipa |
|
|
|
|
|
|
|
Ni jenis2 yg perasan “main character”.. jenis yg anggap kwn2 tu sekadar dayang2nya ja |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ok je berkawan dgn yg cantik2 sebab aku xkisah pun xjd perhatian lelaki
Aman hidup aku |
|
|
|
|
|
|
|
bohong sgt sgt.. selena gomez yg cun kaya berpengaruh idok la poyo kamu ni hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa je..idak ler cantik wow pun |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cantik pun. Cam w**&&. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka je kwn ngn pompuan cntik..ramai kengkwn aku cntik...bila ade jejantan yg nk ngorat..depa blanja kwn aku ngan aku skali..untung kan |
|
|
|
|
|
|
|
Biar kawan x ramai, musuh jangan sesekali ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|