CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2673|Reply: 33

Pilu Lihat Nasib Ibu Terlantar Didera Suami Dan Anak Lelakinya

  [Copy link]
Post time 17-1-2022 12:37 PM | Show all posts |Read mode



Kes Jahidah Nordin yang parah dipukul suami pada pertengahan tahun lalu tidak mungkin dapat dilupakan begitu saja. Bukan hanya mengalami pendarahan dalam otak, wanita itu juga mengalami kecederaan teruk di belakang badannya serta beberapa tulang rusuk retak dan patah.


Lebih memilukan, Jahidah menjadi mangsa keganasan rumahtangga ketika sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Rosmaini Abd Raof. Jahidah yang selamat melahirkan anak lelaki, J Ehsan Nufail secara pembedahan Disember lalu kini dijaga sepenuhnya oleh adiknya, Fauziah.


Menerusi TikTok,  Fauziah memuat naik video Nufail yang sedang tidur lena dan kelihatan tenang disamping ibunya. Paparan video berkenaan mengundang sebak warga maya yang melihat keadaan Jahidah yang terlantar kaku dan secara fizikal tidak berdaya menzahirkan kasih sayang terhadap anaknya.








"Kakak sekarang separuh koma. Masih terlantar. Hanya sesekali mampu mengeluarkan air mata apabila Nufail diletakkan di sebelahnya. Mata dia redup sangat. Terima kasih mendoakan," katanya.


Terdahulu, pada Mei 2021, media Malaysia melaporkan Jahidah bertarung nyawa akibat kecederaan serius disyaki dipukul suami sendiri. Kecederaan dialaminya sangat teruk hingga menyebabkan dia koma. Jahidah juga mengalami pendarahan dalam otak, wanita itu terpaksa menjalani pembedahan yang mengambil masa selama 12 jam.  


Pada Julai 2021, Jahidah menunjukkan petanda positif apabila bola matanya bergerak dan jarinya sudah boleh menggenggam objek. Matanya juga mulai berkelip-kelip. Bagaimanapun, akibat kerosakan otak, doktor pakar Jahidah tidak akan kembali seperti dahulu.





Sementara itu, pada Jun 2021, Rosmaini yang mempunyai tiga orang isteri dan tujuh orang anak mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Jahidah.





Sumber Harian Metro




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
I still cant brain cmna ada 3 isteri? Still 3 or dah ex? Mana pegi yg lg 2 xde tampil bagi statement ke apa? Anak 7 plak tu…
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
luluh hati baca news ni.sbb teruk smpi kerosakan otak
dah cerai ke belum diorg ni?
harapnya dh cerai la
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jantan keparat ni hidup merana dunia n akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah Lindungilah Wanita Ini bersama anaknya. Berilah kekuatan utk menanggung ujian dari Mu Ya Allah Ya Rabb
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ja esok lusa priska aka trisna masuk berita koma kena pukul laki dia jangan ingat laki ko tu bagus sangat. Kalau bagus sangat tidaklah burukkan madu depan ko. Haa ko dengam laki ko sama2 tongong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 17-1-2022 03:34 PM
Jangan ja esok lusa priska aka trisna masuk berita koma kena pukul laki dia  jangan ingat laki  ...

Rasa macam nak aminkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la nasib budak ni dpt bapak tak guna. Harap bila adik ni dh besar tlg jgn mengaku tu bapak ko dikk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah2an Tuhan ampunkan segala dosanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 04:18 PM | Show all posts
Bini-bini heols yang lain masih bersama heols ke. Sanggup pulak berlakikan jantan tak guna macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkn urusan keluarga tu..aku bab melibatkn bdk2 ni mmg touching skit
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 17-1-2022 03:43 PM
Rasa macam nak aminkan

Kannn? Dia ingat selamanya laki dia sayang dia. Tidak takut tuhan boleh terbalikkan hati manusia ni bila2 masa. Dok agungkan laki dia yang kononnya laki dia yg kena dera oleh bini pertama. BS ja semua tu...alasan mau berbini saja. Modus operandi kalau berbini banyak, burukkan bini terdahulu. Lepas tu orang macam priska aka trisna hanyut konon laki teraniaya sangat muntah aku baca alasan bodo mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh besar dan berjaya nanti ko tinggal je org tua tagune tu kt mana2 stesen bas dek. Acik janji tak cerca kalau ko buat begitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 05:19 PM | Show all posts
Sementara itu, pada Jun 2021, Rosmaini yang mempunyai tiga orang isteri dan tujuh orang anak mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Jahidah.


mmg celaka betul taknak ngaku bersalah. pada lawyer yg backup mamat ni pun semoga korang koma kene pukul spouse masing2
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga mereput dijail laki nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar pahala fauziah jaga kakaknya, now jaga anak sedara jugak
Moga Allah kurniakan syurga utk pn fauziah ni.

Haihhhla pompuan zmn skrg hati2 pilih laki. Biar andartu dari kawin dgn laki baran, laki bewak, laki penagih, laki kaki pompuan etc.
Wahai laki2 tak guna yg disebut di atas, ingatla kalian akan azab Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 06:38 PM | Show all posts
jahatnya lelaki ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak guna punya husband
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok muka laki tu pun dah tau dia jahat. Cemana lah boleh pilih jadi laki? Ni jenis pompuan yg.suka badboy ler niy
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 17-1-2022 12:59 PM
I still cant brain cmna ada 3 isteri? Still 3 or dah ex? Mana pegi yg lg 2 xde tampil bagi statement ...

Agaknya yg 2 lg tu dah tau pangai jantan ni..mangsa nk kawin jgk wpun dh tau...
Bila dh jadi mcm ni, yg 2 lg tu malas nk ambik tau la kot..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.190145 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list