CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kontraktor maut selepas 15 jam dirawat

[Copy link]
Post time 17-1-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Kontraktor maut selepas 15 jam dirawat
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 17 Januari 2022


Keadaan Perodua Axia yang dilanggar dari arah belakang oleh kereta yang dipandu mangsa dalam kejadian


GEORGETOWN - Seorang kontraktor maut selepas pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 4.3 Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.


Mangsa berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas 15 jam menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 5.26 petang dan bedah siasat mendapati punca kematian kerana kecederaan parah di kepala.


"Kejadian berlaku pada jam 1.50 pagi melibatkan Toyota Hilux yang dipandu mangsa dengan Perodua Axia dari arah Georgetown ke Perai.


"Ketika itu Perodua Axia berada di lorong kiri dan tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh Toyota Hilux menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut berpusing lalu melanggar batu penghadang jalan di sebelah kanan jalan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.


Tambah beliau, pemandu Toyota Hilux yang cedera dibawa ke HSJ manakala pemandu Perodua Axia yang berusia 38 tahun yang juga tenaga pengajar tidak mengalami kecederaan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... epas-15-jam-dirawat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.115114 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list