CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1367|Reply: 23

[Tempatan] Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas) gesa kerajaan kekalkan kenaikan tahunan sebanyak 2% buat pesara kerajaan.

[Copy link]
Post time 17-1-2022 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Kupekmas gesa kerajaan kekal kenaikan tahunan pencen dua peratus

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... pencen-dua-peratus/

Oleh ALWANI ZAFIRAH
16 Januari 2022, 9:29 pm


Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas) menggesa kerajaan mengekalkan kenaikan tahunan sebanyak dua peratus buat pesara kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata,terdapat ura-ura mengatakan skim tersebut yang dilaksanakan sejak lapan tahun lalu itu mahu ditarik semula.


Omar Osman

Menurutnya, walaupun belum ada pengumuman rasmi dikeluarkan mengenai penarikan tersebut, namun pihaknya membantah keras jika perkara itu benar-benar mahu dilaksanakan.

“Kerajaan sebelum ini setuju kenaikan pencen dua peratus setahun selepas rundingan, tetapi kini secara tiba-tiba mahu dihapuskan tanpa sebarang rundingan khususnya dengan pesara.

“Sepatutnya, kerajaan perlu berbincang dahulu dengan persatuan pesara sebelum keputusan mengenainya diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pihaknya berasa kesal kerana tidak dipanggil taklimat atau perundingan mengenai hal tersebut yang hanya diketahui melalui sebaran di WhatsApp dan media sosial.

Sementara itu, Osman turut mempersoalkan isu mengenai pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) yang dikatakan telah ditamatkan buat pesara.

“Sebelum ini pesara boleh ke IJN untuk pemeriksaan jantung, tetapi sekarang kena ikut giliran dari hospital, malah pesara yang sedang menerima rawatan susulan di IJN juga ditamatkan.

“Ini bermakna kemudahan kepada pesara semakin mula hilang sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan mengkaji semula penarikan kenaikan tersebut dengan mengambil kira kos sara hidup dan bebanan kewangan yang semakin tinggi serta memohon pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tidak menyusahkan pesara terutamanya warga emas mengenai isu rawatan di IJN.

Tambahnya lagi, pihaknya mengambil keputusan susulan daripada mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Tertinggi ( AMJKT) untuk menyuarakan masalah yang timbul secara berhemah agar suara pesara dapat didengar oleh kerajaan. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru aku tahu pesara ada kenaikan juga duit pencen setiap thn…
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkorban lah sikit pesara tua bangka oii, tu cuma gomen Melayu isele nak turunkan ujian bagi ummah terpilih semua. Yg.penting Dap dah lingkop kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah hanya layak untuk yang dicucuk 4 kali setahun sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa, baru tahu ada kenaikan pencen untuk pesara kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:55 PM | Show all posts
dalam group makcik2 pencen heboh la dok sebut nak bantah takde kenaikan ni.... ada tu pencen jusa sampai dekat 10k sebulan, ape bende yg nak amik kira inflasi nya sbb perlukan kenaikan ni...patut ada max limit pencen ni, takkan kerajaan nak tanggung sampai bila2. Kalau ekonomi tengah okay takpe lah, ni tengah tenat mcm ni dgn org ramai kena buang keje la apa la, cuba rasa empati skit.  Ntah pape.. #tergeram plak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2022 01:35 PM | Show all posts
Orang swasta baik jangan komen elok duduk tepi sambil makan cekodok
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 17-1-2022 12:55 PM
dalam group makcik2 pencen heboh la dok sebut nak bantah takde kenaikan ni.... ada tu pencen jusa sa ...

Siapa sruh tk kjer gomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tak yah. tk produktif pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kupekmas
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:55 PM | Show all posts
Edited by uda at 17-1-2022 02:59 PM

Cuma ada yang tak adilnya. Untuk jawatan JUSA keatas mereka dapat pencen penuh iaitu ikut gaji bulanan terakhir. Kalau RM20k, dapatlah pencen RM20k.

whereas, pesara lain hanya dapat maximum 1/600 drp gaji terakhirx tempoh perkhidmatan dan tak lebih drp 2/3 drp gaji terakhir.

Padahal now, sama2 tak buat apa2 kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:58 PM | Show all posts
gangerina replied at 17-1-2022 12:55 PM
dalam group makcik2 pencen heboh la dok sebut nak bantah takde kenaikan ni.... ada tu pencen jusa sa ...

JUSA memang takda maximum limit. Mereka ikut gaji terakhir.

Orang2 lain ada maximum limit. 1/600 drp gaji terakhir x tahun perkhidmatan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 04:30 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 17-1-2022 04:33 PM
gangerina replied at 17-1-2022 12:55 PM
dalam group makcik2 pencen heboh la dok sebut nak bantah takde kenaikan ni.... ada tu pencen jusa sa ...

rasanya kerajaan tak tanggung....duit pencen yg pesara dapat adalah hasil dari caruman atau simpanan semasa mereka berkerja utk dihari tua yg disimpan dalam KWAP ( Kumpulan Wang Amanah Pencen ) yg diamanahkan utk diuruskan dan diniagakan.

Yg berkerja swasta mencarum dlm KWSP
Yg berkerja dengan kerajaan mencarum dlm KWAP

kaedah bayaran aje yg berbeza selepas tamat perkhidmatan, ada yg bayar Lumpsump dan ada secara bulanan.





Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 17-1-2022 04:30 PM
rasanya kerajaan tak tanggung....duit pencen yg pesara dapat adalah hasil dari caruman atau simpana ...

Gomen ada potong gaji bulan2 kwap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 17-1-2022 08:27 PM
Gomen ada potong gaji bulan2 kwap ke?

Ada caruman utk pencen.bagi pejawat awan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen Melayu islam lah sangat. Membela penjawat awam Bumiputra kunun nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 17-1-2022 08:37 PM
Ada caruman utk pencen.bagi pejawat awan.

Tu org.badan berkanun je yg.carum pencen. Full gomen still pakai duit titik peluh rakyat tanggong pencen depa sampai bang jamil mampuih
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 17-1-2022 12:55 PM
dalam group makcik2 pencen heboh la dok sebut nak bantah takde kenaikan ni.... ada tu pencen jusa sa ...

Makin kuat lah pemencen2 tua bangka kubur kata mari tu membawang yer
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Urang suwasta dengki ke #
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:50 PM | Show all posts
rashiman replied at 17-1-2022 04:30 PM
rasanya kerajaan tak tanggung....duit pencen yg pesara dapat adalah hasil dari caruman atau simpana ...

Mana ada carum pencen unless kawan tu ambik skim KWSP.

Tabung pencen duit rakyat yang bayar cukai, sama seperti aku penjawat awam pun bayar cukai tapi rolling duit gaji aku ja la bayar cukai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.072853 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list