CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3265|Reply: 19

Beras satu gantang?

[Copy link]
Post time 17-1-2022 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Salam CARI...
Sengaja nak melontar buah fikir, bg yg nak berfikir. Sekadar fikir.

Mengikut memori, harga sebungkus nasi lemak pada zaman dahulu:
- era 60'an RM0.05 sebungkus
- era 80'an RM0.50 sebungkus
- era 00'an RM1.00 sebungkus
- era 20'an RM2.00 sebungkus
Semua di atas dgn piawai nasi lemak telur, berkacang-bilis dan mentimun;
yg mana drpd awalnya beralas daun pisang kpd alas plastik
yg mana drpd awalnya sebiji telur ke seperlapan potong.

Argumen:
Bak kata Lobai Sarban Lilit (bukan nama sebenar)
- kenaikan harga barang adalah berkadaran dgn inflasi.

Persoalan:
Kenapa bayaran zakat fitrah dikekal drpd awalnya iaitu segantang (Baghdadi) beras (staple/ruji)
hingga ke hari ini, bahkan bukan 2 gantang, 2½ gantang mahupun 3¾ gantang
sehingga tiba hari kiamat kot???

Why?

P/s: Jarang guna PC maka, teruskan berforum...moga lebih kerap. TQ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 10:02 AM | Show all posts
ente cherita...ana pun baru perasanlah...kita tggu yg pakar komenlah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:31 PM | Show all posts
AsSalam~


Secara peribadi, bg saya persoalan zakat ni (perhitungan; seperti faraidh), adalah persoalan rumit/teliti yg memerlukan pengajian khusus.
Oleh kerana belum ada yg menyumbang, saya sumbanglah dari sedikitnya pemahaman saya tentang persoalan tersebut, harap membuka pencerahan meskipun kecil.

Kadar zakat fitrah diambil daripada hadis.
Maka, yang tetap = jumlah 'segantang beras'
yang berubah = harga 'segantang beras'



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 06:21 PM | Show all posts
wa alaikumussalam warahmatullah

sebab hukum zakat fitrah diambil dari hadith dan akan kekal sehingga kiamat.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma  dia berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى العَبْدِ وَالحُرِّ، وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى، وَالصَّغِيرِ وَالكَبِيرِ مِنَ المُسْلِمِينَ، وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan pelaksanaan zakat fitrah dengan segantang tamar, atau segantang barli ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki dan perempuan, yang muda dan yang tua, daripada kalangan Muslimin, dan baginda menyuruh agar ditunaikan sebelum manusia keluar menuju solat (Hari Raya).”
Riwayat al-Bukhari (1503)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2022 05:59 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 17-1-2022 10:02 AM
ente cherita...ana pun baru perasanlah...kita tggu yg pakar komenlah

Ana tanya sebab ada org tanya, ana stadi. Sikit² je la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2022 06:33 AM | Show all posts
Secara peribadi, bg saya persoalan zakat ni (perhitungan; seperti faraidh), adalah persoalan rumit/teliti yg memerlukan pengajian khusus.
Oleh kerana belum ada yg menyumbang, saya sumbanglah dari sedikitnya pemahaman saya tentang persoalan tersebut, harap membuka pencerahan meskipun kecil.

Yg kena hisab, kita hisab. Yg kena sukat, kita sukat.
Yg tak disebut, kita bincang.

Kadar zakat fitrah diambil daripada hadis.
Maka, yang tetap = jumlah 'segantang beras'
yang berubah = harga 'segantang beras'

Jelas dan terang. Sedia maklum.

Yg fitrah itu beras (ruji) i.e. konsumsi setiap insan di lokalitinya sehari-hari (beras tempatan)
Yg lumrah itu segantang (piawaian gallon Abassid) i.e. isipadu bekas or volume
Yg dibincang itu harganya i.e. matawang, currency, fulus, fiat, inflasi, bekalan, permintaan, etc. berbanding dgn nilai

Yg paling jelas tu zakat atau penyucian, pembersihan, yg nyata
Bayaran dibuat/diperoleh/dikumpul/dicatu/dikongsi/diagih dsb oleh badan tertentu

Ada yg tak bayar? Ada yg bayar lebih? Ada yg bayar ikut ketetapan lokal?
- bukan isu utama, cuma realiti terhadap pemerhatian nilai Ringgit sejak ianya mula diguna-pakai

Sbb akhir ni, penggunaan wang kertas dan wang syiling tidak lg sekerap dulu
Tinggal angka dan akaun (account and figures) shj

Zakat² selainnya, tidak dibincang. Knp?
- sbb lain hisabnya, lain bahagiannya, lain keperluan dan tujuannya.



Pokoknya, segantang itu keperluan hakiki bg insan i.e. tenaganya dan daya upaya
Berapa lama? Kena hisab kalori dan pembakarannya mengikut kerja

Persoalan:
Bandingkan saiz gudang pengumpulan beras zakat dgn satu akaun pengumpul zakat
Bandingkan juga harga beras segantang tanpa subsidi
Makanya, adakah penyucian berlaku, atau pencucian? Jika dimasukkan faktor masa/tempoh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-4-2022 07:24 AM | Show all posts
ibnur replied at 30-3-2022 06:21 PM
wa alaikumussalam warahmatullah

sebab hukum zakat fitrah diambil dari hadith dan akan kekal sehingg ...
wa alaikumussalam warahmatullah

sebab hukum zakat fitrah diambil dari hadith dan akan kekal sehingga kiamat.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma  dia berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى العَبْدِ وَالحُرِّ، وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى، وَالصَّغِيرِ وَالكَبِيرِ مِنَ المُسْلِمِينَ، وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan pelaksanaan zakat fitrah dengan segantang tamar, atau segantang barli ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki dan perempuan, yang muda dan yang tua, daripada kalangan Muslimin, dan baginda menyuruh agar ditunaikan sebelum manusia keluar menuju solat (Hari Raya).”
Riwayat al-Bukhari (1503)


Benarlah rasulullah s.a.w.

Maka wajiblah yg membayar itu memiliki lebih drpd segantang beras
dan yg menerimanya pula kurang atau cukup² segantang adja sehari-hari.
- ini sbg asas je lah, sbb waktu itu segantang tamar, barli sbg matawang yg sah dan diperakui

Antara tujuan dia...
“Kayakanlah mereka (fakir miskin) pada hari ini (Raya)”.
HR Daraqutni
(Kitab Zakat Fitri no: 67)

Tak jumpa pulak kata arabnya tu (kaya), kemudian bole cari...


Hari raya itu (eid al-fitrah) mmg semua insan kaya, sehari
Anggaplah hari yg penuh di pasar bertukar² cupak gantang dgn keperluan lain
Setelah diagihkan serta-merta setelah selesai solat aidilfitri, mmg kaya.
Ambil kutipan 1000 gantang, diterima 200 asnaf - dapat; seorang 5 gantang.
Kaya bagi yg dapatannya beberapa cupak sehari, kpd 5 gantang sehari (Raya)
- ambik feel dulu kaya raya...

Tapi penentuan sukatan tu ada yg kata berbeza mengikut jenis makanan

Ibn Munzir menukilkan bahawa para sahabat Nabi SAW mengharuskan zakat fitrah dengan setengah gantang gandum, kerana nilainya sama dengan satu gantang kurma. Jadi didapati mereka mengambil kira nilai makanan.

Fiqh Zakat Qaradhawi 2/949

Nanti rujuk balik yg ini.

Kita tak pertikai bagaimana jabatan zakat buat ketetapan
Kita cuma bincang kesan ringgit kpd marhaen
Sbb semua barangan harganya naik kecuali barang kawalan
- dan barang kawalan pulak, dicatu ataupun diganti dgn yg kurang nilainya (unsur ribawi)

Oleh yg sedemikian, adakah penyelarasan harga beras tempatan
yg sebenar telah ditolak subsidi kerajaan i.e. yg diklasifikasi sbg brg kawalan?
- drpd fatwa negeri/kebangsaan, telah diwartakan boleh bayar guna ringgit (bukan mazhab syafie)
sbb bukan semua kawasan sbg pengeluar padi/beras, lebih mudah, dan manfaatnya juga pelbagai

Ataupun lain sikit, kita bandingkan juga dgn seliter RON97 (fitrah) yg digantikan dgn RON95 (subsidi)
Sbg norma baru kendera kita, dgn kapasiti tangki yg sama, lebih murah wlpn nilainya kurang 2 shj
- ini sbg batuk ditangga juga, sbb petrol juga pernah dijadikan matawang (petrodollar)

Perkara yg dibincangkan ni akan jadi kompleks dan makan dalam lagi
Diharap bykkan bersabar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2022 02:03 AM | Show all posts
Ok, iklan jap...dgn tenang.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 09:24 AM | Show all posts


salam

Antara tujuan dia...
“Kayakanlah mereka (fakir miskin) pada hari ini (Raya)”.
HR Daraqutni
(Kitab Zakat Fitri no: 67)

Tak jumpa pulak kata arabnya tu (kaya), kemudian bole cari...

Keyword nya dari kata akar/root: غن
atau lagi satu

Keyword nya dari kata akar/root: غني
anyway kedua nya sama maksud tujuan


wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:08 AM | Show all posts


salam


Hari raya itu (eid al-fitrah) mmg semua insan kaya, sehari
Anggaplah hari yg penuh di pasar bertukar² cupak gantang dgn keperluan lain
Setelah diagihkan serta-merta setelah selesai solat aidilfitri, mmg kaya.
Ambil kutipan 1000 gantang, diterima 200 asnaf - dapat; seorang 5 gantang.
Kaya bagi yg dapatannya beberapa cupak sehari, kpd 5 gantang sehari (Raya)
- ambik feel dulu kaya raya...

Tapi penentuan sukatan tu ada yg kata berbeza mengikut jenis makanan









kedua-dua nya boleh d'pakai guna dan sah ..
d'atas kemaslahatan masyarakat waktu sekarang ..
ia bukan lah satu rukhsah ..
both ASWJ ulamak mujtahid ..

wassalam


p/s ..



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 11:23 PM | Show all posts
Edited by Zackmaster at 14-11-2022 11:55 PM
Dzulqarnain replied at 9-4-2022 06:33 AM
Yg kena hisab, kita hisab. Yg kena sukat, kita sukat.
Yg tak disebut, kita bincang.

As-Salam~
Yg dibincang itu harganya i.e. matawang, currency, fulus, fiat, inflasi, bekalan, permintaan, etc. berbanding dgn nilai
Bagi saya, 'nilai' itulah yg menjadi perbincangan. Dan saya turut melihat, timbulnya sedikit kegusaran kerana 'value' itu semakin berubah, atas sebab alasan inflasi.

Atas sebab:
... cuma realiti terhadap pemerhatian nilai Ringgit sejak ianya mula diguna-pakai

Sbb akhir ni, penggunaan wang kertas dan wang syiling tidak lg sekerap dulu
Tinggal angka dan akaun (account and figures) shj
Bila timbal nilai sesuatu yg zahir berubah menjadi sesuatu yg abstrak/konstrak/imaginasi/speculation.

Persoalan:
Bandingkan saiz gudang pengumpulan beras zakat dgn satu akaun pengumpul zakat
Bandingkan juga harga beras segantang tanpa subsidi
Makanya, adakah penyucian berlaku, atau pencucian? Jika dimasukkan faktor masa/tempoh

Yg paling jelas tu zakat atau penyucian, pembersihan, yg nyata
Bayaran dibuat/diperoleh/dikumpul/dicatu/dikongsi/diagih dsb oleh badan tertentu
Kita cuma bincang kesan ringgit kpd marhaen
Sebab tujuan:
Antara tujuan dia...
“Kayakanlah mereka (fakir miskin) pada hari ini (Raya)”.
HR Daraqutni
(Kitab Zakat Fitri no: 67)
Sepertinya semakin dekad semakin jauh dari 'tujuan'. Entah la, enggan memberikan komentar berlebihan.

*Maaflah, dah lama nak berforum semula, tapi asyik tak menyempat je. Dulu2 guna PC komputer, lebih mudah nak cross-reference dan buka banyak tab. Ini guna phone langsung tak puas nak reply. Ini pun berapa kali edit sebab jari tersentuh sini situ. Haha. Sekadar yg mampu sahaja la ya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2022 09:57 PM | Show all posts
kedua-dua nya boleh d'pakai guna dan sah ..
d'atas kemaslahatan masyarakat waktu sekarang ..
ia bukan lah satu rukhsah ..
both ASWJ ulamak mujtahid ..


Terima kasih atas pencerahan akan hal fardu 'ain tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2022 10:42 PM | Show all posts
Zackmaster replied at 14-11-2022 11:23 PM
As-Salam~
Bagi saya, 'nilai' itulah yg menjadi perbincangan. Dan saya turut melihat, timbulnya sedi ...
Bagi saya, 'nilai' itulah yg menjadi perbincangan. Dan saya turut melihat, timbulnya sedikit kegusaran kerana 'value' itu semakin berubah, atas sebab alasan inflasi.


Ofchos sedara, simple.

Gantang is sukatan (volumetric)
gram/kilogram/kati adalah timbangan (berat/weight)


Yg membezakan dua perkara di atas adalah kecairan/fluidity
Cth: Dlm sebekas 'gantang' yg berisi beras jika ditambah air tetaplah ianya segantang, malah lagi berat tetapi tidak lagi boleh tahan lama dan kena terus masak.

So, faktor utama dia masa/tempoh.
Keduanya, perosak nilai makanan rugi/staple is humidity/kelembapan (ayer/fluid)
Sama semacam fiat/fulus yg dikata terikat dgn suatu nilai, setelah sekian lama kian merusak - tidak lagi terikat

Bila timbal nilai sesuatu yg zahir berubah menjadi sesuatu yg abstrak/konstrak/imaginasi/speculation.


Jika mat salih sebut, eksponensial, nilai yg mustahil menyusul kembali kpd asal.

Seperti program pembiayaan hari ini di mana satu gantang beras diagih sama rata kpd 9 bekas gantang lain
supaya terdapat sepuluh gantang beras-air pembiayaan juadah harian kpd pengupah-beli yg memerlukan.
- a fraction from a reserves (gantang² pendeposit)

Yes, segantang.

Sepertinya semakin dekad semakin jauh dari 'tujuan'. Entah la, enggan memberikan komentar berlebihan.


Spt penjelasan penerang agama @NorAddin di atas, di antara ashnaf yg terlibat ialah orang berhutang
sedia maklum golongan atau orang berhutang ni lebih miskin drpd papa, dan hari ini bilangannya jauh lebih ramai
sehingga tidak sanggup menerima zakat fitrah kerana...ada-ada adja gayanya.


*Maaflah, dah lama nak berforum semula, tapi asyik tak menyempat je. Dulu2 guna PC komputer, lebih mudah nak cross-reference dan buka banyak tab. Ini guna phone langsung tak puas nak reply. Ini pun berapa kali edit sebab jari tersentuh sini situ. Haha. Sekadar yg mampu sahaja la ya.


Jgn khuatir, tenang² adja.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 10:15 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 23-11-2022 10:42 PM
Ofchos sedara, simple.

Gantang is sukatan (volumetric)

Jadi, pada pandangan saudara, ke arah mana perbincangan ini ingin dihalakan?
Adakah : How kita sampai ke situasi nilai sebegini?
                When nilai beras satu gantang mula tidak relevan/ timbul masalah?
                Why kita kekal mengikuti nilai beras yg bergantung tali pada harga ketetapan pihak pencetak wang?
                Where penyelesaian atau kaedah terbaik menangani isu?
                Who bertanggungjawab dalam masalah nilai beras segantang ni?

Which one? What is your opinion?...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2022 08:34 AM | Show all posts
Zackmaster replied at 22-12-2022 10:15 PM
Jadi, pada pandangan saudara, ke arah mana perbincangan ini ingin dihalakan?
Adakah : How kita sam ...

Jadi, pada pandangan saudara, ke arah mana perbincangan ini ingin dihalakan?


Spt yg dah disebut di atas, yg dibincang cuma perkara yg tak disebut² kebiasaannya.
Hala tuju benang ni lebih kpd kematangan daya fikir
- sbb sbg pengguna yg beragama Islam, kita kena berdaya fikir mengikut keperluan zaman

Adakah :


Pokoknya, bukan solusi 'ya' dan/atau 'tidak', malah mendalami intipati kehendak agama
- ketetapan segantang beras (bukan segantang kertas) yg hanya segantang

How kita sampai ke situasi nilai sebegini?


Jika diteliti nilai dlm sejarah peradaban sejak Adam a.s.
- ia berulang-kali berlaku, this is not the first time

Cth:
Pencakar langit mustahil wujud tanpa penghambaan manusia secara kolektif dan sistemik
Di Malaysia sendiri pun, dlm tempoh 60+ tahun sejak sasana kijang, setiap insan adalah org berhutang
- financial inclusion is inevitable, credit is the future (peradaban tanpa tunai/cashless society)

When nilai beras satu gantang mula tidak relevan/ timbul masalah?


Keperluan asasi manusia i.e. makanan ruji adalah perkara utama penggerak peradaban
tiada yg pertikai relevan/tidak, tiada masalah pun yg timbul, ianya telah dihijab subsidi
1- Nilai segantang beras telah ditukar-ganti dgn ringgit setara
2- Kesetaraan nilai disuntik dana yg dijana kerajaan semasa, drpd kutipan cukai (dlm bentuk subsidi)
3- Dikawal selianya industri beras nasional (kebangsaan) oleh pemonopoli bangsawan aristokrat
4- Drpd R&D benihnya hingga diruncit ke pengguna, bekalan dan permintaan kekal stabil dgn lambakan maka, harga marhaen
5- Piawaian zakat fitrah segantang baghdad (isipadu) makanan ruji ditetapkan sbg (berat) bg menentukan harga ringgit:
a) 2.751 kg (al-Zuhaili)
b) 3.80kg (Hanafi)
c) 2.60kg Super tempatan gred A - semenanjung (fatwa kebangsaan)
d) 2.70kg Vietnam White - Sabah/Sarawak (fatwa kebangsaan)
e) ~2.60kg beras marhaen popular (fatwa negeri)

Why kita kekal mengikuti nilai beras yg bergantung tali pada harga ketetapan pihak pencetak wang?


Tiada yg dpt tetapkan harga beras kecuali ada monopoli bekalan bersubsidi kerajaan
maka beras super tempatan adalah barang kawalan, walhal beras basmathi/import tidak dikawal (lebih mahal)


Pencetak wang? Kerjanya cetak wang.
- cetak 50x ganda, nasi lemak 5¢ jadi RM2.50

Subsidi yg asal 50 juta, jadi 2.5 billion, simple

- semata² utk jana tenaga populasi supaya dpd kerja dgn perutnya diisi harga marhaen

Pokoknya, apa itu subsidi?


Where penyelesaian atau kaedah terbaik menangani isu?


Ianya telah pun ditangani oleh tangan² tersebut, peradaban sudahpun membangun pesat
yg lebih tertumpu di kawasan tertentu, yg sudah tentu sedia maklum tertumpu di situ
- aman adja adanya...


Who bertanggungjawab dalam masalah nilai beras segantang ni?


Ofkos si pemakannya, jika tiada yg mkn nasi, tiadalah masalah harga tinggi dan perlu dikawal.
(sama seperti ayam, kangkung dan sbgnya yg tiada kawalan dan subsidi harga)


Which one? What is your opinion?...


Tiadalah saya berkuasa utk memilih pun, hanya akur dgn ketetapan umara dan ulama.
Tiadalah juga perlunya melambakkan bekalan beras di rumah utk hadap kemungkinan stok berkurangan, dsb.
- sbb gedung²/bangunan pusat pungutan zakat yg besar² tu pun tiadalah penuh berisi beras bergantang²

Perusahaan makanan ruji sentiasa berlangsung, walaupun seteruk² cuaca sepanjang musim, benihnya super
- sbb peruntukan subsidi sentiasa meningkat sepanjang tahun ke dalam poket pemonopoli aristokrat

Walaupun kutipan cukainya menyusut defisit, walhal melebihi trillion sudahnya dicetak buat belanja subsidi
makanya, kenalah marhaen kerja lebih kuat, jgn malas² sbb sarapan nasi lemak bakal jadi RM5.

Begitulah lebih kurang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 02:50 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 29-12-2022 08:34 AM
Spt yg dah disebut di atas, yg dibincang cuma perkara yg tak disebut² kebiasaannya.
Hala tuju  ...

Sebab saya memang tak pandai perbincangan berbentuk 'on-the-go' ni.
Kalau saya tak nampak hujung pangkal saya jadi blur dan tidak petah. Sebab itu saya tanya, supaya boleh dapat gambaran struktur bagaimana yang terbaik untuk mengolah ayat.
Hala tuju benang ni lebih kpd kematangan daya fikir
- sbb sbg pengguna yg beragama Islam, kita kena berdaya fikir mengikut keperluan zaman
Sangat Setuju!
Kepupusan daya fikir matang umat Islam sangat membimbangkan.
- ketetapan segantang beras (bukan segantang kertas) yg hanya segantang

Segantang kurma kepada segantang beras kepada segantang kertas kini kepada segantang 'angin'.
- financial inclusion is inevitable, credit is the future (peradaban tanpa tunai/cashless society)
Dengan kata lain, 'debu riba' yang akan masuk pintu setiap rumah dan melekat pada pakaian setiap orang.

. . .

When nilai beras satu gantang mula tidak relevan/ timbul masalah?

Maksud saya, berdasarkan perubahan yang berlaku terhadap kesusutan nilai segantang beras itu, akan sampai satu tahap kritikal yang 'meletup'.
Sama ada...nilai setara ( yang hakikatnya semakin tidak setara ),
...subsidi (sampai bila?),
...kawal selia (boleh percaya?),
...bekalan dan permintaan kekal stabil (maaf kurang setuju) ;
semua itu ditampung oleh 'nilai imaginasi' bukan lagi objek zahir seperti emas dan minyak.
Kita tidak sentuh ketetapan segantang beras kerana ia sedia maklum.

Saya membezakan 'jumlah/berat/kuantiti' segantang beras dengan 'harga/nilai/kualiti' segantang beras. Jadi, bila saya sebut nilai yang saya maksudkan ialah dari segi harga/kualiti bukan jumlah/berat/kuantiti. Harap maklum~
Why kita kekal mengikuti nilai beras yg bergantung tali pada harga ketetapan pihak pencetak wang?
Saya merujuk kepada contoh Federal Reserve, pencetak wang.
Kebanyakan matawang diikat pada nilai dollar, maka secara halus boleh dikatakan yang menentukan harga tiap sesuatu adalah 'pencetak matawang rujukan'.

. . .

Pada pandangan saya, krisis ekonomi terhadap 'dollar' memberi kesan lebih berat terhadap nilai segantang beras berbanding krisis agriculture terhadap padi.

Masalah berlaku di dalam Malaysia terhubungkait dengan negara luar, sebenarnya seluruh dunia. Dunia globalisasi, one world ..

Semua ini adalah skrip, hendak memulih sistem yang ada, tunggulah runtuh. Lumrah alam itu destruction and creation. Mati dan hidup~

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2023 03:49 AM | Show all posts
Zackmaster replied at 6-1-2023 02:50 PM
Sebab saya memang tak pandai perbincangan berbentuk 'on-the-go' ni.
Kalau saya tak nampak ...
Sebab saya memang tak pandai perbincangan berbentuk 'on-the-go' ni.
Kalau saya tak nampak hujung pangkal saya jadi blur dan tidak petah. Sebab itu saya tanya, supaya boleh dapat gambaran struktur bagaimana yang terbaik untuk mengolah ayat.


Baik...
Gambarkan beras terendam mengembang
Ditanak menyerap air menggebu
Yg disukat dgn gantang kononnya sepertiga perut
Yg disumbat senafas mengembung sesesak ahmar

On-the-go kan...

P/s: Logiknya ~50g beras sehidangan seorang, segantang kalu dkt 50 kali mkn nasi...



Kepupusan daya fikir matang umat Islam sangat membimbangkan.


Tidaklah pupus sedara, daya ke makanan dan tarik selimut itu lebih penting.
- ofkos tak perlu bimbang bila makanan rujinya jadi 'segantang obat²an' dopamine kelak



Segantang kurma kepada segantang beras kepada segantang kertas kini kepada segantang 'angin'.


Yes, tiada perubahan dlm segantang mkn ruji - sunnah.
- belum pernah dengar lagi asnaf makan angin...



Dengan kata lain, 'debu riba' yang akan masuk pintu setiap rumah dan melekat pada pakaian setiap orang.

. . .


Dulu ya, skrg sbg alat bantuan pernafasan kot?


Maksud saya, berdasarkan perubahan yang berlaku terhadap kesusutan nilai segantang beras itu, akan sampai satu tahap kritikal yang 'meletup'.
Sama ada...nilai setara ( yang hakikatnya semakin tidak setara ),
...subsidi (sampai bila?),
...kawal selia (boleh percaya?),
...bekalan dan permintaan kekal stabil (maaf kurang setuju) ;
semua itu ditampung oleh 'nilai imaginasi' bukan lagi objek zahir seperti emas dan minyak.
Kita tidak sentuh ketetapan segantang beras kerana ia sedia maklum.

Saya membezakan 'jumlah/berat/kuantiti' segantang beras dengan 'harga/nilai/kualiti' segantang beras. Jadi, bila saya sebut nilai yang saya maksudkan ialah dari segi harga/kualiti bukan jumlah/berat/kuantiti. Harap maklum~


Jelas segantang itu objek zahiri spt mana disebut dlm akad semasa pembayaran zakat fitrah dibuat
- transaksi 'gantian' tunai ini tdk berkurang, selaras
(wlpn gayanya berjabat tangan dgn fulus/klik² tetikus)

Jelas juga tiada ketetapan kualiti makanan ruji yg dijadikan piawai
- pendekatan populis diguna, ikut lokaliti maka, e.g. vietnam or super tempatan gred A - pilihan rakyat tempatan.
- spt mana minyak ron95/97, zakat fitrah pun ada option (perang/basmati/wangi/super import/etc.) i.e. yg murah or mahal (2X)

Keamanan dan kedamaian cenggini didorong subsidi, sbb mudah.
- dgn kata lain dibantu kerajaan, or lebih enak lagi...danaan pembayar cukai.
Sbb tanpa makanan, tak bole buat kerja - tenaga.
Tanggungjawab pentadbir uruskan fasiliti tersebut.

Dan sememangnya food security kian menggugat (sejak berkabinet baru)
Krn bangsawan aristokrat pemonopoli tertelan ubat gegat...sampai bila boleh percaya?
- boleh kupas nanti drpd segantang sel benih ke segantang beras

Jika sedara kurang setuju pasaran stabil; harganya, bekalannya, permintaannya
Perhatikan...




Saya merujuk kepada contoh Federal Reserve, pencetak wang.
Kebanyakan matawang diikat pada nilai dollar, maka secara halus boleh dikatakan yang menentukan harga tiap sesuatu adalah 'pencetak matawang rujukan'.


Ok, kita ingat balik dana darurat RM900 billion. Siapa cetak? Dari mana dtg nya?
- belanjawan sekadar 'accounts and figures', ofkoslah hutang kalu dah defisit manjang.
'Hard currency' pulak terpakai utk perdagangan antarabangsa, domestik masih di bawah Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti
Semacam Amireka jugaklah ada US Federal Reserve dia - pokoknya sistem yg sama, cuma kendalian hutang ada beza
Acaner nak turunkan harga/bajet/subsidi/segalanya bila, interest hutang pun belum abis bayar - trillion.
Bayangkan kalu USD31 trillion???

Rata² kebanyakan negara dah kurangkan rizab USD dan tingkatkan Yuan dan Ruble. Sbb that is the way...
Rata² juga kebanyakan negara tubuh majlis 'food security' lah bertujuan mengurangkan kesan 'Great Reset' terhadap makanan ruji masing²
- kebuluruan/malnutrisi kan punca utama kematian di dunia
- di sisi lain ~40% makanan tak masuk perut, terus ke tong sampah?

Segantang dulu, segantang kini. Sama kan?
- tp kalu dh masuk air, takkan nak mkn segantang berdulang² kan...dua kali tanak seperiuk bak ang!



Pada pandangan saya, krisis ekonomi terhadap 'dollar' memberi kesan lebih berat terhadap nilai segantang beras berbanding krisis agriculture terhadap padi.

Masalah berlaku di dalam Malaysia terhubungkait dengan negara luar, sebenarnya seluruh dunia. Dunia globalisasi, one world ..

Semua ini adalah skrip, hendak memulih sistem yang ada, tunggulah runtuh. Lumrah alam itu destruction and creation. Mati dan hidup~


Bagi saya, saya bkn pesawah tapi makan nasi maka, isu terbesar jika berlaku krisis adalah supply-chain
Siapa lagi kalu bukan konglomerat tukang proses, tukang sukat-timbang, tukang bungkus, tukang agih, etc.
- biarpun benihnya super mengobese, nama pun ruji, harapnya tak bertukar jadi megi segera adja suda lah...

P/s: Di sini pun byk juga bicara kiamat (kebangkitan), jarang² sekali bicara musnah/binasanya alam. Oleh yg demikian, bangkitlah utk bakar kalori.


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 06:50 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 8-1-2023 03:49 AM
Baik...
Gambarkan beras terendam mengembang
Ditanak menyerap air menggebu

As-Salam~

"manusia dijadikan berbeza-beza supaya saling mengenal"
Bahasa kita berbeza, tuan. Sudut pandang juga berbeza. Tiada masalah...

Baik...
Gambarkan beras terendam mengembang
Ditanak menyerap air menggebu
Yg disukat dgn gantang kononnya sepertiga perut
Yg disumbat senafas mengembung sesesak ahmar

On-the-go kan...

P/s: Logiknya ~50g beras sehidangan seorang, segantang kalu dkt 50 kali mkn nasi...
...saya bimbangkan daya faham umat Islam kini.
Sekiranya saya boleh faham kebanyakan ayat2 tuan sekalipun,
bahagian yg sikit lagi tu takut juga ter'salah faham'.


Tidaklah pupus sedara, daya ke makanan dan tarik selimut itu lebih penting.
- ofkos tak perlu bimbang bila makanan rujinya jadi 'segantang obat²an' dopamine kelak
Pembaca sukar hadam ayat2 tuan kalau puitis sangat (ber sarkastik) cenggini. Hanya mampu sampai ke bola mata. Sekadar baca sahaja. Haha. Mungkin boleh guna bahasa twitter atau tiktok supaya mudah tembus ke sarah otak.

Yg elok dan rajin spt Tuan Manapm pun sudah tiada. Pelapis2 pun tidak kelihatan. Kerna itu saya mengatakan 'kepupusan', paling kurang tiada dapat di 'cari'.

. . .


Ok, kita ingat balik dana darurat RM900 billion. Siapa cetak? Dari mana dtg nya?
- belanjawan sekadar 'accounts and figures', ofkoslah hutang kalu dah defisit manjang.
'Hard currency' pulak terpakai utk perdagangan antarabangsa, domestik masih di bawah Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti
Semacam Amireka jugaklah ada US Federal Reserve dia - pokoknya sistem yg sama, cuma kendalian hutang ada beza
Acaner nak turunkan harga/bajet/subsidi/segalanya bila, interest hutang pun belum abis bayar - trillion.
Bayangkan kalu USD31 trillion???
Pelanduk dua serupa.

Rata² kebanyakan negara dah kurangkan rizab USD dan tingkatkan Yuan dan Ruble. Sbb that is the way...
Rata² juga kebanyakan negara tubuh majlis 'food security' lah bertujuan mengurangkan kesan 'Great Reset' terhadap makanan ruji masing²
- kebuluruan/malnutrisi kan punca utama kematian di dunia
- di sisi lain ~40% makanan tak masuk perut, terus ke tong sampah?
Bak kata omputeh:
"You will eat ze bugs."
"You will own nothing and you will be happy."

Segantang dulu, segantang kini. Sama kan?
- tp kalu dh masuk air, takkan nak mkn segantang berdulang² kan...dua kali tanak seperiuk bak ang!
Logik gak tu, bak kata ommlayu:
"Kepala masuk air."


. . .

Yes, tiada perubahan dlm segantang mkn ruji - sunnah.
- belum pernah dengar lagi asnaf makan angin...
Idea bernas. Mana tahu akan datang, golongan asnaf dibantu dalam urusan rukun Islam kelima. Lebihan kutipan kan ..
Spt penjelasan penerang agama @NorAddin di atas, di antara ashnaf yg terlibat ialah orang berhutang
sedia maklum golongan atau orang berhutang ni lebih miskin drpd papa, dan hari ini bilangannya jauh lebih ramai
sehingga tidak sanggup menerima zakat fitrah kerana...ada-ada adja gayanya.
.. golongan di atas, ini perlu penafsiran berbeza tentunya.
Dulu ya, skrg sbg alat bantuan pernafasan kot?
Kerana yg ingin memaksa membuat paksaan kpd yg dipaksa agar jadi 'terpaksa'.

Jika sedara kurang setuju pasaran stabil; harganya, bekalannya, permintaannya
Perhatikan...
Seperti yg saya nyatakan, sudut pandang kita berbeza.
Lampiran tersebut ber'statistik' berdasarkan 'jumlah/berat/kuantiti' ..

4- Drpd R&D benihnya hingga diruncit ke pengguna, bekalan dan permintaan kekal stabil dgn lambakan maka, harga marhaen
.. jadi saya sentuh berkenaan "bekalan dan permintaan kekal stabil" itu ..
...bekalan dan permintaan kekal stabil (maaf kurang setuju) ;


.. kerana berdasarkan pemerhatian 'nilai' segantang beras, jauh sekali kestabilan 'sedang' dikekalkan.

Contoh, makanan ruji (dan barangan ruji) yg digelar ruji juga masih banyak diimport dari negara luar. Maka, tiada self-sufficiency di situ..
Bagi saya, saya bkn pesawah tapi makan nasi maka, isu terbesar jika berlaku krisis adalah supply-chain
.. terhubungkait dengan "bekalan dan permintaan kekal stabil" yg masih belum stabil. WAllahu a'lam~

. . .


P/s: Di sini pun byk juga bicara kiamat (kebangkitan), jarang² sekali bicara musnah/binasanya alam. Oleh yg demikian, bangkitlah utk bakar kalori.
*Bahagian bawah post saya tu memang sekadar 'muka pintu' atau kesimpulan mudah. Itulah hujung pangkal yg saya boleh nampak. Sekadar letak sahaja.
Bahagian borak kita borak. Bahagian bincang kita bincang. Bahagian agak2 kita agak2 jugak. Tiada masalah~ begitulah cara saya. Huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 09:14 AM | Show all posts
Zackmaster replied at 13-1-2023 06:50 PM
As-Salam~

"manusia dijadikan berbeza-beza supaya saling mengenal"
"manusia dijadikan berbeza-beza supaya saling mengenal"
Bahasa kita berbeza, tuan. Sudut pandang juga berbeza. Tiada masalah...

Tepat, baru namanya forum.



...saya bimbangkan daya faham umat Islam kini.
Sekiranya saya boleh faham kebanyakan ayat2 tuan sekalipun,
bahagian yg sikit lagi tu takut juga ter'salah faham'.


Sedara, ada satu isu dlm rancangan uji bakat di kabel TV...
Mungkin ada yg perasan, atau mungkin hanya saya seorang yg perasan?
Sebab, penonton di studio bersorak. Para juri terpinga² melayan.
Kata jurinya, "Kalu bulih adik nyanyi lagu bahasa melayu; bahasa Rusia, tak faham. Mcm mana nak menghayati?"
Seolah² mengatakan seluruh rakyat Malaysia tidak menghayati Al-Quran, gitu lah.
- mana ada org baca quran dlm bahasa melayu kan?


Dlm fasih ada sihir
Dlm syair ada hikmah
Dlm ucapan ada keberatan
Dlm ilmu ada kebodoh-sombongan


رَبِّ زدْنيِ عِلْماً وَ رْزُقْنيِ فَهْماً
Ya Rabb, tambahi ilmuku dan rezqikanku faham.

Kalu mintak pun belum tentu dapat
Yg tak mintak, konfem tak dapatnya...ke?




P/s: Board dah mendap, bebenangnya pun mendap...hadap je. Benang ni pun awal² dah settle, lajak je lebih ni...

Pembaca sukar hadam ayat2 tuan kalau puitis sangat (ber sarkastik) cenggini. Hanya mampu sampai ke bola mata. Sekadar baca sahaja. Haha. Mungkin boleh guna bahasa twitter atau tiktok supaya mudah tembus ke sarah otak.

Yg elok dan rajin spt Tuan Manapm pun sudah tiada. Pelapis2 pun tidak kelihatan. Kerna itu saya mengatakan 'kepupusan', paling kurang tiada dapat di 'cari'.

. . .



Adoi. Tak puitis pun. Sarkastik pun tak.
Sbb direct je, simple plak tu.
- Harga barang naik dgn menyucikan yg asal, takde kena mengena kot. Ye ke?

Oooo...pupus² yg itu ke. Ye lah, beza zaman berubah² ahlinya. Momod nya adja yg tak berubah.
P/s: Kebiasanya masih ada tu kot, mungkin tgh dok bersidai di CI dan gosip...mungkin je la.




Pelanduk dua serupa.


Jgn gitu sedara, pusat zakat pun ada akaun kutip/agih/belanja/cuci jugak...
- patuh syariah ofkos


Bak kata omputeh:
"You will eat ze bugs."
"You will own nothing and you will be happy."


Well, no protein can replace carbs.
Kalu melayu dgn cangkul, ofkos lah ubi...makanan ruji di tempat² selain daerah bersawah padi.
Semacam yg dibicara Al-Akiti, kalu segantang kentang (~3.5kg) makanya = RM15.80 (shopi)
- Menyamai± kadar beras mahal/level RON97 (market price tanpa subsidi), which is an option lah...

P/s: Yes, boleh tinggalkan jasad yg dipinjam dan kembali...dgn tenang.


.. golongan di atas, ini perlu penafsiran berbeza tentunya.

Kerana yg ingin memaksa membuat paksaan kpd yg dipaksa agar jadi 'terpaksa'.


No bro, it is optional.
Murah atau mahal - pilih je. Harga fitrah atau subsidi. RON97/95.
- org berhutang yg berkendera besar pun boleh mohon agihan zakat, selagi memenuhi kriteria tertentu

P/s: Yg tak tertulis, takde dlm tafsiran pun...tu yg lagi dasyat! Terpaksa ek? -> SAMPUL RAYA





Seperti yg saya nyatakan, sudut pandang kita berbeza.
Lampiran tersebut ber'statistik' berdasarkan 'jumlah/berat/kuantiti' ..


Mungkin sedara terlepas pandang akaun dan angka² yg kat belah atas² sket
Ingat tak? You are what you eat? - Ketirisan sedara, ketirisan...gred² genetik.
- antonim malnutrisi is well-fed





.. jadi saya sentuh berkenaan "bekalan dan permintaan kekal stabil" itu ..

.. kerana berdasarkan pemerhatian 'nilai' segantang beras, jauh sekali kestabilan 'sedang' dikekalkan.

Contoh, makanan ruji (dan barangan ruji) yg digelar ruji juga masih banyak diimport dari negara luar. Maka, tiada self-sufficiency di situ..



Ping-pot-pet-pot ni masih berlangsung, sbb tu saya kata stabil.
Sbb tiada sekatan perdagangan, tiada isu berbangkit makanan ruji.
Takda isu kena jd self-sufficient a.k.a. closed economy.



*Bahagian bawah post saya tu memang sekadar 'muka pintu' atau kesimpulan mudah. Itulah hujung pangkal yg saya boleh nampak. Sekadar letak sahaja.
Bahagian borak kita borak. Bahagian bincang kita bincang. Bahagian agak2 kita agak2 jugak. Tiada masalah~ begitulah cara saya. Huhu


Nice.

Itu lah, trafik byk di sinun jah. Bod ni kena ubah sket² la kot drpd dok asyik soal-jawab-hukum je kan.
Lagi pulak dah dijadikan lubuk campak benang² dajjal/doomsday preppers. Adoi...piawai².

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2023 05:34 AM | Show all posts
Salam 4 Syaaban 1444

Sebelum benang sibukkan dgn hal subsidi, elok dimula dgn inflasi spt yg dicanang...
Spt yg dah dibentang di post pertama, sememangnya harga brg dlm pasaran mustahil turun.
Wlpn bayaran zakat fitrah kekal segantang, dlm ringgitnya tetap meningkat saban tahun.

Apa itu inflasi? Baik atau buruk?

Bukanlah bidang kuasa mufti (org jabatan) utk bicara hal inflasi ni
kena tanya pakar ekonomi, pakar kewangan, pakar polisi monetari (luar kotak)
- ofkos ada yg kata moh beramai² jgn makan nasi, barulah harga nasi turun. Apa maksud dianya?

Diharap sempat bentangkan point² segantang-dua dlm petikan syarah di bawah ni, sabar ya...
- bertambah complicated, sofistikated, wlpn tak se-excited sgt.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.462743 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list