CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 823|Reply: 12

[Tempatan] Tapak pelupusan sampah Sg Burung terbakar: 400 penduduk dipindah. #2, 6.5 hektar tapak pelupusan sampah terbakar. UPDATE #12, 10 sekolah terpaksa ditutup

  [Copy link]
Post time 17-1-2022 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-1-2022 03:29 AM

Tapak pelupusan sampah Sg Burung terbakar: 400 penduduk dipindah

https://www.malaysiakini.com/news/607150

Diterbitkan:  Jan 16, 2022 10:19 PM⋅
Dikemaskini: 10:19 PM



Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dan Sekolah Kebangsaan Bakap Indah akan dibuka untuk penduduk terbabit

Seramai 400 penduduk daripada 86 keluarga yang tinggal di lokaliti Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru dinasihat berpindah buat sementara susulan insiden kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung dekat Nibong Tebal pada Rabu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dan Sekolah Kebangsaan Bakap Indah akan dibuka untuk penduduk terbabit setelah berbincang dengan agensi berkaitan pada 2 petang tadi.

"Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri telah melakukan lawatan di tapak kebakaran seterusnya memberi taklimat kepada agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan untuk melaksanakan urusan pemindahan penduduk terjejas dan bantuan lain," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti dan mengenal pasti bilangan penduduk terjejas untuk dimasukkan ke dalam senarai bagi memudahkan urusan pemindahan dan bantuan.

"Kita ambil kira segala prosedur operasi standard agar dapat dilaksana dengan teratur supaya semua penduduk terlibat termasuk tempat tinggal mereka kekal selamat dan pihak KKM juga akan membuat saringan terlebih dahulu sebelum penduduk memasuki PPS bagi mengelak sebarang penularan Covid-19 dalam kalangan mereka.

"Kita juga hanya benarkan satu atau dua orang lelaki dewasa (bagi sebuah keluarga) yang ingin menjaga rumah kerana khuatir akan keselamatan rumah dan mereka perlu buat laporan kepada pihak polis setiap kali keluar masuk di kawasan rumah yang diklasifikasikan sebagai kawasan larangan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan Marlia Mohd Belia pula berkata JAS telah melakukan pemantauan kualiti udara di tiga lokasi iaitu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Changkat dan Dewan MPKK Kampung Kebun Baru selain menempatkan stesen pengawasan kualiti mudah alih di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram.

"JAS akan terus membuat pemantauan kualiti udara dari semasa ke semasa dan orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi nasihat kesihatan antaranya mengurangkan aktiviti luar, mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas serta tidak sihat dan sentiasa memakai pelitup muka jika berada di luar," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Tapak pelupusan sampah itu dilaporkan terbakar pada kira-kira 5 petang Rabu lepas dan tindakan awal JBPM dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela telah membuat penghalang kebakaran bagi mengelakkan api terus merebak.

Tapak pelupusan yang terjejas adalah seluas 6.5 hektar daripada 16.2 hektar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2022 08:16 AM | Show all posts
6.5 hektar tapak pelupusan sampah terbakar, 400 orang dipindah

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... 400-orang-dipindah/

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
16 Januari 2022, 7:57 pm


Bomba berusaha memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal hari ini.-Foto IHSAN BULETIN MUTIARA

SEBERANG PERAI – Seramai kira-kira 400 individu daripada 86 ahli keluarga berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal di sini dipindahkan ke kawasan selamat selepas kebakaran di kawasan itu sejak empat hari lalu belum berjaya dipadamkan.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah membabitkan penduduk dari Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, tindakan itu dibuat selepas lawatan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ke tapak berkenaan hari ini.

“Pemindahan sementara membabitkan kira-kira 400 orang daripada 86 keluarga ke kawasan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan berkata, stesen pengawasan kualiti mudah alih Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram mendapati terdapat kandungan gas yang boleh memberi risiko kesihatan.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di lokaliti Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru dinasihatkan untuk berpindah ke dua PPS buat sementara waktu.

Kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.40 petang Rabu lalu membabitkan kawasan terbakar seluas 6.5 hektar.

Kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira pukul 9 malam Khamis lalu, manakala kerja-kerja pemadaman masih dilakukan ketika ini.- K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:18 AM | Show all posts
mampossssssss........
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:44 AM | Show all posts
Semoga semuanya selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Masaklah kontraktor yang jaga landfill ni nak menjawab dengan authority. Nasib baik iolss dah lama berhenti dari sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduss dah la sekarang cuaca mmg panas lit lit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2022 11:33 PM | Show all posts
kat timbunan tu ada methane gas. lagi lah naik api.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-1-2022 11:33 PM
kat timbunan tu ada methane gas. lagi lah naik api.

Kot suka hang ja kata ada metana kot dlm timbun tu. Mai mana metana tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhh….6.5 hektar kawan pelupusan terbakar, luas tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:55 AM | Show all posts
BartholomewKuma replied at 17-1-2022 11:41 PM
Kot suka hang ja kata ada metana kot dlm timbun tu. Mai mana metana tu?

kentut pun ada metana tau.

aku pernah melawat satu site di Korea dorang guna gas sampah untuk pilot scale power plant or something like that la. tak tau lah kot Korea pun tipu sorok tong gas bawah tu


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-1-2022 10:55 AM
kentut pun ada metana tau.

aku pernah melawat satu site di Korea dorang guna gas sampah untuk pilo ...

Ada.. ada... bukan semua sampah hat depa buang tu ada secara spesifiknya. Tapi ada la hat jenih jenih dia hat produce. Aku pun baru ja gugel tat sat. Hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 11:27 AM | Show all posts
Kebakaran tapak pelupusan sampah, 10 sekolah ditutup

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... 10-sekolah-ditutup/

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
18 Januari 2022, 11:01 am


Kebakaran tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal memaksa 10 buah sekolah ditutup bermula esok.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 10 buah sekolah berdekatan tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini yang terlibat kebakaran terpaksa ditutup sementara bagi menjamin keselamatan pelajar.

Ia melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Teik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, SJKT Nibong Tebal, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa, SK Keledang Jaya, SJKT Ladang Changkat, SMK Methodist, SK Methodist dan SK Nibong Tebal.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis pemakluman yang dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan (SPS) hari ini.

Menurut notis berkenaan, Mesyuarat Bencana Daerah telah memutuskan indeks udara di kawasan sekolah-sekolah dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) berada pada Tahap AEGL 3 iaitu kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa penduduk.

“Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, telah memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah berkenaan untuk menutup sesi persekolahan bermula 19 (esok) hingga 21 Januari ini.

“Pihak PPDS akan memaklumkan selewat-lewatnya pada Sabtu (22 Januari) tentang status pengoperasian semula sekolah berdasarkan keputusan dan nasihat dari Jawatankuasa Bencana Daerah SPS.

Menurut notis itu, pada tempoh tersebut murid-murid akan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), manakala pihak sekolah diminta memaklumkan kepada guru-guru dan ibu bapa mengenai pelaksanaannya.

Terdahulu, akhbar melaporkan tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang keseluruhannya seluas 16.2 hektar mengalami kebakaran seluas kira-kira 6.5 hektar pada Rabu lau.

Keselamatan kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga di kawasan sekitar iaitu Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru dilaporkan terjejas dan diminta berpindah pusat pemindahan sementra (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah.

Asap tebal dikatakan masih keluar dari kawasan berkenaan dan tersebar ke kawasan sekitar.

Kebakaran dijangka dapat dipadamkan dalam tempoh seminggu lagi. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo gugel, memang banyak yang bakor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.409308 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list