CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 3

Tiz Zaqyah Mandi Bunga, Puas Dapat Berlakon Babak Tak Boleh Tayang Di TV

[Copy link]
Post time 17-1-2022 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Mahu mengembangkan lagi karier lakonannya menerusi platform penstriman video, pelakon Tiz Zaqyah mencabar diri menerima tawaran membintangi drama bersiri eksklusif WeTV berjudul Villa Kristal.


Kata Tiz, 33, menerusi platform berbayar itu dia dapat melakonkan banyak babak dan aksi yang mungkin tidak boleh dilakukan untuk siaran televisyen.


Foto: IG




"Berlakon dalam premium series seperti ini memang berbeza sebab ia bukan untuk tayangan televisyen... antara cabaran dalam drama ini apabila ada babak saya perlu mandi bunga untuk buang suwey (bala) watak Dayana yang dilakonkan oleh saya, memang selama ini tak pernah buat babak macam itu.


"enggambaran dilakukan pada waktu pagi dalam rumah yang berselerak dengan kamera, bunga dan air. Itu la kali pertama saya buat babak seumpama itu.


"Ada juga babak-babak lain yang tidak boleh ditayangkan di televisyen ditonjolkan dalam drama ini... sebagai pelakon kalau boleh kita nak buat macam-macam scene tapi sebab stesen televisyen ada tapisannya jadi melalui platform ini memang sesuai," katanya kepada mStar.




  



Tiz ditemui semasa pelancaran drama Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Selain Tiz, drama ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Fadlan Hazim dan Nazrief Nazri.


Bukan sahaja berdepan cabaran untuk menghidupkan watak tersebut, Tiz berkata dia juga diuji dengan jangkitan Covid-19 sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama beberapa hari.




  



"Semasa script reading, saya dijangkiti Covid-19 dan terpaksa berhenti rehat kerana menjalani kuarantin dan selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula diumumkan, terpaksa la berehat lama sebelum masuk ke set penggambaran semula.


"Kemudian dah sambung penggambaran, tiba-tiba saya jadi kontak rapat kepada seorang kawan dan kena berhenti untuk kuarantin kendiri selama 10 hari lagi.




  



"Jadi 20 hari saya terpaksa berehat sepanjang berlakon dalam drama ini... saya rasa ini antara cabaran yang saya lalui sepanjang menjalani penggambaran dalam norma baharu ini," ujarnya.


Drama 13 episod arahan Kabir Bhatia dan Jason Chon ini boleh ditonton menerusi aplikasi WeTV tidak lama lagi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
33 ke sheol.. ingt dh 36 mcm tu. tapi dia ni x de merempan tak kawen ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:20 AM | Show all posts
TZ mmg cool.. ada bf dia tayang.. bila clash.. dia bgtaw n move on.. wat rileks jer.. moga berjodohan 1 hari nanti.. amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:27 AM | Show all posts
babelina replied at 17-1-2022 09:20 AM
TZ mmg cool.. ada bf dia tayang.. bila clash.. dia bgtaw n move on.. wat rileks jer.. moga berjodoha ...

yaa btul, dia mmg gitu laa, ada dia tayang if xde pape dia bg tau... ok laa kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.221628 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list