CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 1

[Sabah] Update: Kanak-kanak lemas di Pitas belum ditemukan

[Copy link]
Post time 16-1-2022 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-1-2022 11:53 AM


Kanak-kanak 9 Tahun Hilang Semasa Piknik

PITAS: Aktiviti piknik sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dilaporkan hilang di Sungai Bengkoka berhampiran Kampung Mangkabusu, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kanak-kanak hilang pada 2.04 petang.


Kemudian sepasukan anggota dikejarkan ke loasi kejadian. Semasa berada di lokasi, dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas semasa aktiviti berpinik di tepi sungai.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dimulakan dan sehingga lewat petang tadi, mangsa belum berjaya ditemukan.



January 16, 2022

borneotoday


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2022 07:54 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 17-1-2022 11:55 AM



OPERASI: Pasukan penyelamat bersiap sedia menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian.

Kanak-kanak lemas di Pitas belum ditemukanPITAS: Kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Bengkoka Jalan Hapseng-Kampung Mangkabusu di sini sejak semalam masih belum ditemukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata, setakat jam 4 petang ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

Katanya, mangsa yang berumur 12 tahun itu dipercayai lemas ketika berkelah bersama keluarga di tepi sungai terbabit kira-kira jam 2 petang.

"Ahli keluarga mangsa tidak mengetahui bagaimana kanak-kanak terbabit yang juga penghidap sakit talasemia boleh masuk ke dalam sungai.

"Mereka hanya menyedari kehilangannya selepas mangsa tidak kelihatan di kawasan tepi sungai berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR hari kedua dijalankan bermula jam 7.16 pagi melibatkan jarak kawasan sekitar tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang
Menurutnya, keadaan air sungai terbabit juga agak berarus semasa operasi SAR dijalankan.


utusanborneo.com.my/2022/01/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.262514 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list