CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sarawak] Adun Sarawak angkat sumpah 14 Februari ini

[Copy link]
Post time 16-1-2022 11:02 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Upacara angkat sumpah bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak akan diadakan pada 14 Feb ini.

Ini menurut Setiausaha DUN Pele Peter Tinggom selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 3, Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Sarawak.

Beliau  dalam notis persidangan DUN menjelaskan, upacara itu diadakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-19 di DUN Sarawak.

Persidangan itu akan diadakan dari 14 Feb hingga 16 Feb 2022 mulai jam 9 pagi setiap hari persidangan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat pertama bagi Penggal Pertama DUN Ke-19 akan diadakan di Dewan mesyuarat DUYN mulai 14 hingga 16 Feb 2022 pada jam 9.00 pagi setiap persidangan,” katanya dalam notis itu.

DUN Sarawak mempunyai 76 Adun GPS, empat Adun PSB dan dua Adun DAP susulkan keputusan PRN-12 Sarawak pada 18 Dis lalu.


sarawakvoice.com/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.280825 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list