CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2604|Reply: 22

Saka Idop Mana Terlepeh Ney? Penyanyi Zantan Bersora Lemak Merdu Macam Tok Ti!

  [Copy link]
Post time 16-1-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by tumpanglalu74 at 16-1-2022 10:43 PM


https://youtu.be/dund2o-Uw78
KUALA LUMPUR: Sekalipun pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) cukup sebati Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris, namun, tidak sedikitpun ada perasaan ralat apabila melepaskan peluang kepada penyanyi baharu, Amsyar Lee menggantikan posisinya ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-36 (SFMM36), baru-baru ini.

Baginya, Amsyar berjaya melakukan kelainan apabila berduet dengan Bunga Isme menerusi lagu Intan Payung walaupun menerima kecaman.

"Saya menunaikan umrah buat kali pertama di Tanah Suci Makkah penghujung tahun lalu. Alhamdulillah, kini, saya sudah pulang ke tanah air pada awal Januari lalu.

"Berkat doa, lagu ciptaan Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, manakala lirik oleh Bunga dan Siqma itu berjaya mencipta kejutan apabila bolos sebagai finalis AJL36.

"Secara peribadi, saya menyukai versi dan gaya nyanyian Amsyar sewaktu menggantikannya saya di SFMM36, walaupun terima kecaman," katanya kepada BH Online.

Katanya, tidak perlu wujud pertikaian kerana menyukai cara nyanyian Amsyar hingga lagu Intan Payung berjaya melangkah ke pentas AJL36.

"Jujurnya, saya tiada masalah menyerahkan mandat ini kepada Amsyar, malah, berasakan apabila lagu Intan Payung yang dinyanyikan Bunga dan Amsyar menyuntik kelainan.

"Saya mulanya mengenali Amsyar disebabkan pernah tular sebelum ini. Ini kerana kebolehan meniru suara penyanyi wanita popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Elizabeth Tan dan Dayang Nurfaizah.

"Ketika Bunga menyebut namanya akan menjadi penyanyi ganti di SFMM36, saya memang tidak tahu siapa Amsyar.

"Namun, apabila Bunga menyebut yang Amsyar pernah tular dengan kebolehan meniru gaya penyanyi wanita, baru saya dapat 'tangkap' siapa gerangannya," katanya.

Noraniza berkata, dia menonton semula persembahan Bunga dan Amsyar di laman YouTube dan menyifatkan Amsyar ada kesungguhan, tidak sekadar menyanyi untuk menggantikan posisinya semata-mata.

"Bukan semua penyanyi boleh 'carry weight' lagu tradisional. Ditambah pula kebolehannya meniru gaya penyanyi wanita, lagilah menjadi.

"Amsyar membuat persembahan seperti menyanyikan lagunya sendiri. Bahkan, ada bahagian nyanyiannya sangat kena dengan nada asal lagu Intan Payung.

"Walaupun saya melihat Amsyar tiada cacat cela mendendangkan lagu Intan Payung, tetapi netizen tetap mengecamnya. Bagi saya, itu lumrah sebab soal perbandingan sentiasa terjadi," katanya.

Mengulas persoalan, adakah bakal berduet dengan Bunga di pentas AJL36 yang kini menjadi spekulasi, Noraniza berkata, dia enggan beriya-iya dan menyerahkan kepada keadaan.

"Apapun berlaku, saya tetap akan menyokong perjuangan Bunga menjelang malam kemuncak AJL36.

"Saya pastinya akan campur tangan menyalurkan pandangan dan idea demi persembahan yang terbaik dari setiap sudut.

"Saya berharap, Bunga melakukan persiapan daripada sekarang dan elak pada saat akhir," katanya.

Akuinya, dia tak putus berdoa agar persembahan Bunga dan Amsyar lancar ketika SFMM36 sepanjang berada di Tanah Suci.

"Sewaktu keputusan diumumkan, saya dan suaminya, Jeffri Hudi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Jeddah untuk kembali ke tanah air.

"Kami dan jemaah umrah lain sempat berhenti di sebuah kawasan menunaikan solat dan makan malam. Ketika itu, berita lagu Intan Payung diterima.

"Hanya Allah sahaja mengetahui, saya sangat bersyukur. Bahkan, saya membaca komen Ketua Juri SFMM36, Datuk Mokhzani Ismail mengenai kekuatan lagu Intan Payung hingga berjaya melangkah ke pentas AJL36," katanya.

Akuinya, lagu Intan Payung berjaya diadun dalam genre tradisional, rap dan hip hop hingga membawa satu kelainan.

"Hanya doa yang tidak putus dapat saya panjatkan buat lagu Intan Payung ketika di pentas AJL36," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 12:01 AM | Show all posts
Biaq betikkkk...mcm sora tokti la nie...dahsyattt...

Lagu nie susah nak amik feeling dia...so bravo dik Amsyarrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti shower lagi sama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 17-1-2022 12:01 AM
Biaq betikkkk...mcm sora tokti la nie...dahsyattt...

Lagu nie susah nak amik feeling dia...so bravo ...

Mari belajor bersame2:


https://youtu.be/MXy8x7Vln-U
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ko gunting rambut pendek mcm ni herlok sikit amsyar oii. tak yah panjang2. nampak la macho sikit walaupun rupa non hadow
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba jd retis

So far dia la ponen tiru suara ct yg plg bjaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak sama la dgn suara tokti yg skg ni.. yg dah x berapa merdu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:30 AM | Show all posts
muka iras2 saiful apek gitew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah la amsyar ni
I kenal dia dari ig n tiktok
Suara lizzi jac n ramai lagi dia boleh buat
Paling best bila dia tiru suara lizzie
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:45 AM | Show all posts
iols baru jah layan youtube tunjuk pondan mat salleh tiru suara taylor swift aritu...
choyyyyy....
kalau dgr betul2 pondan kalau tarik part tinggi suara dia jadi mcm nipis and too nyaring gitu ditelinga iols
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
To me, suara Siti merdu biasa je..rmai suara mcm Siti ( Elly Mazlein, Syura, etc) dan rmai sgt blh tiru suara dan lenggok Siti..popular sbb dpt lagu2 sedap dan personaliti je..klau org lain atau penyanyi amatur lagu Siti...ada yg lagi sedap dr Siti sendiri bila nyanyi...
Tp suara Sharifah Aini, Uji Rashid, Aishah, Ramlah Ram, Ella..tersendiri dan tiada siapa blh tiru dan bila ada org lain nyanyi lagu dia org..x menjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama la jugak macam siti tapi nyaringgggg lain macam
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sama huduh tone dia
Jd jantan la dekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutla dia boleh tiru suara penyanyi pompuan, suara dia sendiri pun kalau tak tgk bideo bila berckp dengar mcm suara pompuan.
Suara dia mcm kanak2 lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-1-2022 12:23 AM
Mari belajor bersame2:



Suara biasa dia mcm suara Nabila Huda la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 17-1-2022 01:28 AM
To me, suara Siti merdu biasa je..rmai suara mcm Siti ( Elly Mazlein, Syura, etc) dan rmai sgt blh t ...

100% agree with u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 12:47 PM | Show all posts
bagi meols, siti shower lebih mirip ctdk yach. Amsyar lenggok dia tak berapa smooth. Gittew.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 17-1-2022 12:47 PM
bagi meols, siti shower lebih mirip ctdk yach. Amsyar lenggok dia tak berapa smooth. Gittew.

Tp dgn suara tokti yg dah x berapa merdu tu dgn amsyar mcm xde beza sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:24 PM | Show all posts
September14 replied at 17-1-2022 01:00 PM
Tp dgn suara tokti yg dah x berapa merdu tu dgn amsyar mcm xde beza sgt

mrasalah suruh amsyar lee bawak lagu Basyirah tengok sama ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ashilalat at 17-1-2022 02:52 PM
Whitney72 replied at 17-1-2022 01:28 AM
To me, suara Siti merdu biasa je..rmai suara mcm Siti ( Elly Mazlein, Syura, etc) dan rmai sgt blh t ...


Tapi Aishah nyanyi lagi sitikus burok sangat bunyinya...sitikus nyanyi lagu aishah ok lagi.

Aku rasa siti ni teknik dia yg ok. Runs, dinamik dan breathing power. Ramai kata ton dan lenggok siti org bole tiru, tp ramai gagal nyanyi lagu siti dgn baik.sebab teknik kurang.

Ni dari telinga marhaen aku lah. Elly, syura semua tu, nyanyi live teknik ke laut. Teknik tu yg siti aku consider as gifted dan anugerah tuhan.

Kalo penilaian aku siti ni sebaris saloma dan sharifah aini.

Aishah, ella, ramlah ram, ziana, fauziah latiff, dayang satu level di bawah 3 org ni. Kira level kedua lah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074267 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list