CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Sarawak] SUPP tubuh Unit Muda, Sayap Puteri

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:21 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menubuhkan Unit Muda dan Sayap Puteri, bagi mencapai aspirasi generasi baharu sekaligus memastikan parti itu terus relevan.

Perkara itu adalah antara enam resolusi yang diputuskan dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan SUPP yang dihadiri seramai 278 perwakilan dan pemimpin parti itu.

Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata bagi Unit Muda, keahliannya adalah untuk golongan usia 18 hingga 28 tahun.

“Penubuhan unit ini akan menyediakan ahli parti muda lebih banyak peluang untuk memimpin dan belajar,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Tahunan SUPP di ibu pejabat SUPP, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang berkata SUPP tidak perlu meminda peraturan parti untuk menubuhkan Unit Muda, yang diletakkan di bawah Sayap Pemuda.

“Sejak penubuhan parti pada 1959, kelayakan umur bagi ahli baru ialah 18 tahun ke atas, jadi sesiapa berusia 18 tahun boleh menyertai seksyen belia.
“Maka kami memutuskan hanya menubuhkan unit baharu dipanggil Unit Muda,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah Unit Muda akan berperanan merangka strategi baru untuk golongan berusia 18 hingga 28 tahun, sekaligus merekrut mereka menjadi ahli baharu parti.

“Kami faham kumpulan umur ini mempunyai perbezaan keperluan dan aspirasi, maka kami berharap Unit Muda ini dapat memfokuskan bagaimana untuk menangani keperluan dan aspirasi golongan muda menerusi program dan aktiviti baharu,” katanya.

Manakala bagi Sayap Puteri, Ketua Wanita SUPP Kho Teck Wan berkata penubuhan sayap itu adalah di bawah Sayap Wanita, juga khusus untuk keahlian berumur 18 hingga 28 tahun.

“Ia akan menjadi unit bebas, dengan Puteri akan mempunyai kumpulan dan pemimpin sendiri.

“Mungkin kita menjadi penasihat untuk mereka bergerak, dan jika mereka membuat kesilapan kami akan datang membantu mereka,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053364 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list