CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Sabah] Angin kencang di timur Sabah, cuaca panas di utara Semenanjung

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:16 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Angin kencang di timur Sabah dijangka berterusan hingga 18 Jan ini, dengan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter memaklumkan kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas dan kurang hujan terutama negeri-negeri di utara pada tempoh berkenaan.

Dapatan itu adalah berdasarkan analisis model Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

MetMalaysia memaklumkan mereka telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Sabah yang sedang berkuat kuasa hingga 18 Jan, di samping amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat kategori pertama juga telah dikeluarkan bagi perairan pantai Sarawak dan Sabah yang diramal berterusan hingga 20 Januari.

Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari.

Amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat kategori pertama pula melibatkan angin kencang dengan kelajuan angin dari 40 ke 50 kilometer sejam dan atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 3.5 meter.

Justeru, MetMalaysia menasihatkan orang awam sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih. - Bernama


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052756 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list