CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 141|Reply: 2

[Sarawak] Update: Polis cari sebelah lagi kaki kanan yang dipotong, ditemui di perkuburan Cina

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-1-2022 11:59 AM



Anjing heret potongan kaki manusia

SIBU: Deria bau anjing liar ternyata tajam apabila ia menjumpai bahagian kaki manusia yang dipercayai ditanam di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Bukit Lima, petang tadi.

Anjing itu dikatakan mengheret kaki terbabit yang mengemparkan penduduk setempat yang kemudian memaklumkannya kepada Balai Polis Lanang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supritendan Dr Collin Babat berkata, kaki terbabit ditemui di kawasan tempat parkir sebuah kedai besi buruk yang terletak berhampiran kubur berkenaan sekitar jam 8 pagi.

“Bahagian tapak kaki kiri sehingga paras bawah lutut itu ditemui oleh seorang pekerja kedai berkenaan yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Lanang.

“Sepasukan anggota polis dari balai berkenaan dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kemudian bergegas ke lokasi itu untuk menjalankan siasatan,” katanya di sini.

Collin memberitahu, polis juga turut menggunakan khidmat unit anjing pengesan K9 yang kemudiannya menemui satu beg plastik yang biasa digunakan oleh pihak hospital untuk menyimpan sisa-sisa buangan ditemui di kawasan tanah perkuburan itu.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut menemui kesan tanah digali yang dipercayai tempat bahagian kaki itu ditanam.

“Kita percaya bahagian kaki itu disimpan dalam beg plastik dan ditanam di tanah perkuburan Cina Bukit Lima namun dikorek oleh anjing liar sebelum mengheretnya ke kawasan penemuan. Mungkin kaki ini tidak ditanam sedalam yang mungkin yang akhirnya anjing liar dapat mengoreknya semua,” jelas beliau.


by suaraswk
January 16, 2022


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 11:10 AM | Show all posts


Polis melakukan siasatan ke kilang barang lusuh di sini.

Anjing gonggong potongan kaki pesakit diabetes, kejutkan pekerja kilang

SIBU: Pekerja kilang barang lusuh di Bukit Lima terkejut melihat seekor anjing menggonggong kaki manusia masuk ke dalam kawasan kilang, pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat berkata, sekitar jam 8 pagi, pengadu dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa anjing peliharaannya menggongong sesuatu menyerupai kaki manusia (paras buku lali hingga tapak kaki) yang tidak diketahui milik siapa masuk ke dalam kawasan kilang.

“Bantuan Unit K9 telah digunakan menjumpai kotak dan beberapa bungkusan plastik serta helaian kertas tertera nama pesakit berumur 70-an, kira-kira 70 meter jarak dari kilang,” jelasnya menerusi satu kenyataan, sebentar tadi.

Menurutnya, semakan dengan pihak Forensik Hospital Sibu mengesahkan telah menyerahkan dua kaki milik pesakit kencing manis yang telah dipotong kepada waris keluarga pada hujung bulan Disember 2021 dan pertengahan Januari 2022.

“Lokasi kaki ditanam di atas bukit tanah perkuburan Cina telah dijumpai dan diperiksa. Terdapat lubang dan kesan tapak kaki anjing, dipercayai dikorek oleh anjing tersebut, kira-kira 130 meter jarak dari kilang,” ujarnya.

Katanya, pesakit yang dipotong kaki telah dikenal pasti dan masih ditahan di wad Hospital Sibu, akan dibuat ujian perbandingan DNA untuk pengesahan.

“Kaki yang dijumpai telah dirampas dan diserah di Bilik Mayat, Unit Forensik Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut. Sampel DNA akan dihantar ke Jabatan Kimia Kuching untuk perbandingan,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/17

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 08:00 PM | Show all posts


Polis cari sebelah lagi kaki kanan yang dipotong, ditemui di perkuburan Cina


SIBU: Polis kini masih mengesan kaki kanan milik seorang lelaki selepas kaki kirinya ditemui pekerja sebuah kedai barang lusuh berhampiran tanah perkuburan Cina di Bukit Lima pada Ahad.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sini hari ini (Isnin), Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supritendan Dr Collin Babat berkata, pihaknya masih tidak pasti di mana kaki kanan itu berada.

Menurut beliau lagi, pihaknya sudah mengenalpasti pemilik kaki terbabit yang digongong anjing selepas ditanam berhampiran kubur tersebut.

“Kita sudah kenal pasti pemilik kaki kiri itu. Dia seorang Iban berusia kira-kira 70 tahun dari Selangau. Tetapi DNA akan dibuat untuk memastikan kaki itu miliknya,” ujar beliau sebentar tadi.

Beliau berkata, lelaki berkenaan baru-baru ini telah dipotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Sibu kerana mengalami penyakit diabetes.

Selepas pembedahan, jelasnya, lelaki berkenaan meminta ahli keluarganya untuk membuang kedua-dua kakinya yang telah dipotong itu.

Collin memberitahu, kedua-dua belah kaki yang dipotong itu dari lutut ke bawah.

“Kedua-dua kaki itu mungkin dimasukkan ke dalam kotak dengan nama pesakit. Ahli keluarganya menanam kakinya di tanah perkuburan itu.
“Bagaimanapun anjing liar menggali semula kaki yang ditanam itu dan mengonggong kaki kiri keluar.

Ia ditemui pekerja sebuah kedai barang lusuh berhampiran tanah perkuburan itu,” katanya.

Lelaki itu, tambahnya, masih berada di hospital untuk rawatan susulan selepas pembedahan.

Beliau mengatakan pada mulanya polis menyangka penemuan itu boleh dikaitkan dengan kes bunuh tetapi selepas siasatan mereka mendapati tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan.


by suaraswk
January 17, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.081571 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list