CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Sabah] GRS platform agenda kebangkitan rakyat Sabah

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-1-2022 11:03 AM



KOTA KINABALU: Panggilan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu entiti badan gabungan politik makin kuat dalam kalangan rakyat Sabah.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Khairul Firdaus Akbar (gambar) berkata, aspirasi dan harapan rakyat wajar diterjemahkan untuk menjamin masa depan negeri dan rakyat Sabah yang lebih baik.

“Barisan kepimpinan yang ada di bawah kerajaan GRS diyakini mampu untuk membawa negeri Sabah ke mercu kejayaan.

“Masanya sudah tiba untuk para pemimpin Sabah bersatu padu dalam memastikan agenda kemajuan dan kejayaan dapat dilaksanakan di bawah payung GRS.

“Perkara-perkara yang menghalang untuk Sabah menjadi sebuah negeri yang maju pastinya dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan baik jika pemimpin-pemimpin di negeri ini dapat bersatu hati di wadah perjuangan GRS.

“Suara kita seharusnya wajib didengar dengan jelas dan tegas oleh kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Khairul berkata, keberanian dan kejujuran dalam kalangan kepimpinan mesti wujud untuk melangsungkan agenda perjuangan Sabah yang setelah sekian lama ketinggalan dari segi pembangunan.

“Keadaan politik di Semenanjung yang seakan akan tiada kesudahan, memangkin lagi perlunya untuk pemimpin-pemimpin Sabah mencorak hala tuju dengan berlandaskan kepentingan rakyat Sabah secara tuntas.

“BERSATU Sabah cukup yakin dan percaya masa depan rakyat Sabah harus dicorak oleh kepimpinan negeri sendiri dan seterusnya juga bernaung di bawah payung GRS,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.067056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list