CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Sabah] SOGDC hargai tindakan pantas polis

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-1-2022 10:58 AM



KOTA KINABALU:  Syarikat Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) menghargai tindakan pihak polis yang pantas menyelesaikan melibatkan kes penipuan.

Pengurus Perhubungan Awam SOGDC Mohd Azman Lajim (gambar) berkata, kes penipuan berkenaan berkaitan dengan tawaran projek jutaan ringgit yang membabitkan projek penukaran lampu jalan LED seluruh sabah dan projek pembersihan Taman serta pembinaan bangunan di Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

"Pihak kami SOGDC iaitu syarikat yang bertanggungjawab ke atas SOGIP mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas dengan tindakan pantas pihak polis yang berjaya menyelasaikan kes ini dengan tertangkapnya suspek.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya di mana pihak kami tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengaitkan dengan pihak syarikat berkenaan dengan projek yang disebutkan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, SOGDC juga berharap kepada semua pihak agar dapat menghubungi syarikat berkenaan terlebih dahulu jika ada mana-mana individu yang cuba menawarkan sebarang projek berkaitan di SOGIP.


utusanborneo.com.my/2022/01/16

https://jalinluin.com/
https://deasoka.com/2022/sogdc-tidak-pernah-lantik-mana-mana-pihak-urus-projek-pembinaan-di-sogip/semasa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.489756 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list