CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 1

[Sabah] Update: Mayat kanak-kanak jatuh sungai ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-1-2022 08:24 AM



Kanak-kanak lemas ketika mandi sungai

LEMAS: Lokasi dipercayai kanak-kanak terbabit mandi dan lemas.

BELURAN: Seorang kanak-kanak dipercayai lemas ketika mandi sungai berhampiran sebuah ladang, di sini pada Sabtu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang.

Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu oleh pasukan BBP Sandakan dan pasukan Unit Pengesan K9 daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

“Sebaik tiba, pasukan penyelamat difahamkan mangsa kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun lemas ketika mandi di sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula hari pertama mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat hari kedua operasi SAR dilakukan belum ada lagi sebarang petunjuk penemuan kanak-kanak tersebut.

“Pasukan penyelamat masih terus menjalankan operasi SAR dan maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,”katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/16

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2022 04:25 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 17-1-2022 08:26 AM



Mayat kanak-kanak jatuh sungai ditemukan lemas

LEMAS: Mayat mangsa ditemukan lemas kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

BELURAN: Kanak-kanak berumur empat tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi sungai pada Sabtu lalu berjaya ditemukan selepas dua hari pencarian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mayat mangsa ditemukan pada jam 9.50 pagi, kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital untuk bedah siasat dan kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Sebaik sahaja penemuan itu, pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.30 pagi,” katanya.

Terdahulu, mangsa dilaporkan terjatuh ketika mandi di sungai berkenaan bersama kanak-kanak yang lain pada Sabtu lalu.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang dan terus mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu oleh pasukan BBP Sandakan dan pasukan Unit Pengesan K9 daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan,”katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052543 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list