CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 73|Reply: 0

[Sabah] Ranau, Kundasang lokasi pelancongan popular di Sabah

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:51 PM | Show all posts |Read mode


SERONOK: Rubinggah (empat kanan) bersama rombongannya merakamkan gambar kenangan semasa lawatan mereka ke RRF.

RANAU: Pusat pelancongan di daerah ini dan Kundasang masih popular dalam kalangan pelancong luar negeri walaupun masih berdepan pandemik COVID-19.

Daerah Ranau dan Kundasang antara destinasi pelancongan di Sabah yang cukup dikenali di peringkat antarabangsa kerana mempunyai keuniknya tersendiri.

Rubinggah Mohd, 66, yang mengetuai rombongan pelancong dari Kuala Lumpur menjadikan daerah Ranau dan Kundasang sebagai destinasi percutian mereka.

Katanya, dia bersama rombongannya seramai 16 orang memilih daerah ini kerana melihat lokasi dan produknya berbeza dengan pusat pelancongan yang ada di negeri lain.

“Kami sangat teruja menikmati percutian di daerah ini kerana ia seakan-akan lokasi peranginan di luar negara.

“Kami sudah berkunjung di Ranau Rabbit Farm (RRF), Sky Bike, Bombon Marakau, Taman Air Panas Poring, Sabah Teh Nalapak, Tagal Ikan Jinak Luanti Baru, Pekan Nabalu dan banyak lagi,” katanya.

Katanya, mereka sangat seronok berkunjung ke daerah ini kerana pusat peranginannya masih memaparkan keindahan panorama segar seperti Gunung Kinabalu dan hutan yang menghijau.

“Selain itu, penduduk di sini juga sangat peramah dan memudah kami mengetahui lokasi-lokasi lain yang menarik di sekitar daerah ini,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.114131 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list