CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Sarawak] Tiga penganggur ditahan salah guna dadah

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:44 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Tiga penganggur yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah diberkas dalam Op Sarang oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Bau, di dua lokasi berbeza hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, tangkapan pertama dilakukan semasa pihaknya menjalankan pemeriksaan sekitar jam 10.30 pagi di Kampung Plaman Skiat.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menahan seorang lelaki berusia 23 tahun terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Pemeriksaan ke atas tubuh suspek tidak menjumpai bahan dadah dan suspek bagaimanapun mengaku ada terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Hasil ujian air kencing lelaki itu mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan suspek disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, jelas Poge tangkapan kedua dilakukan semasa polis melaksanakan Op Sarang di sebuah rumah di Kampung Bogang sekitar jam 11.20 pagi.

Menurutnya lagi, hasil serbuan itu menahan dua lelaki berumur 19 dan 21 tahun yang dalam keadaan gelisah semasa kedatangan anggota polis.

"Kedua-dua suspek bagaimanapun menyerahkan satu paket plastik lut sinar berisi dadah setelah pemeriksaan dijalankan ke atas tubuh mereka," kata Poge.

Tambahnya, hasil pemeriksaan lanjut menjumpai dadah di atas almari pakaian plastik di rumah terbabit dan kesemua barang kes dirampas.

Katanya, hasil kesemua rampasan dadah terbabit seberat 2.37 gram dianggarkan bernilai RM240.

"Kedua-dua suspek di bawa ke pejabat Siasatan Jenayah untuk menjalani saringan awal air kencing dan hasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

"Kes akan disiasat di bawah ADB 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952," tegasnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055743 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list