CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 52|Reply: 0

[Sarawak] Tempat Transit Gelandangan Miri akan ditubuhkan

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:40 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Penubuhan Tempat Transit Gelandangan (TTG) di Miri akan dilaksanakan selepas perbincangan lanjut diadakan pada 19 Januari ini, jelas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar).

Katanya, kementeriannya telah mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi tujuan berkenaan dan perbincangan lanjut tersebut akan diadakan bersama pihak berkaitan.

“Lokasinya tidak jauh dari pusat bandar kerana kita mahu ia berfungsi sebagai tempat transit bagi gelandangan untuk membersihkan diri, makan malam dan tidur sebelum keluar keesokan harinya untuk bekerja atau mencari pekerjaan serta urusan lain.

“Oleh itu, perbincangan yang lebih terperinci akan kita adakan pada hari (19 Januari) berkenaan kelak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Penetapan Program dan Intervensi Sosial Tahun 2022 anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS) di Hotel Pullman Miri Waterfront, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Noriah Ahmad, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah serta tetamu kehormat yang lain.

Menurut Fatimah, pihaknya yakin dapat menguruskan TTG terbabit memandangkan projek perintis di Sibu telahpun beroperasi.

“Justeru itu, kita juga mahu mereka (gelandangan) turut faham dengan konsep TTG ini. Ia adalah sementara. Apabila mereka sudah bekerja dan berkemampuan nanti, mereka perlu mencari tempat sendiri,” ujarnya.

Jelas Fatimah, gelandangan terbabit akan diberi tempoh selama tiga bulan di TTG dan selepas daripada tempoh itu, mereka akan dikaji semula sama ada akan diberi lebih masa atau tidak di TTG berkenaan.

Ia katanya bagi mengelakkan gelandangan terbabit mengambil kesempatan daripada kemudahan tersebut tanpa berusaha berdikari.

“Objektif utama kita adalah untuk membantu mereka berdikari dan mengelakkan mereka daripada tidur di jalanan.

“Seperti di Sibu, saya juga telah dimaklumkan ada di antara mereka sudahpun bekerja. Malah, kita akan membantu mereka dengan mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti di kedai kopi yang mungkin mahu mengambil mereka sebagai pekerja,” ujarnya.

Katanya, sebelum gelandangan dibenarkan masuk ke TTG tersebut, ujian pengesanan penyalahgunaan bahan terlarang akan dilakukan terdahulu.

“Jika mereka mempunyai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah atau ketagihan alkohol, maka akan ada interversi yang sewajarnya.

“Kita akan menyalurkannya kepada pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan,” jelasnya sambil menambah TTG berkenaan turut akan mempunyai bilik berasingan untuk lelaki dan wanita, bilik perundingan dan kaunseling.

Antara lain perbincangan kelak katanya, ialah untuk turut menubuhkan Pusat Sokongan Sosial Komuniti di Miri.

“Kita sudah ada yang menawarkan tempat untuk tujuan tersebut. Jika perbincangan berkenaan berjalan dengan lancar, maka kedua-duanya (TTG dan Pusat Sokongan Sosial Komuniti) boleh kita laksanakan pada tahun ini,” katanya.

Jelas beliau, setakat ini seramai 158 orang gelandangan telah dikenal pasti dan didaftarkan di seluruh Sarawak.

“Selain Miri dan Sibu, kita juga sedang mencari lokasi untuk membina TTG di Bintulu. Di Kuching, pengubahsuaian sedang dilaksanakan,” tambahnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.253599 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list