CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Sarawak] Guru rugi RM118,000, diperdaya Macau Scam

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:39 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang guru wanita terpaksa menanggung kerugian RM118,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar dari syarikat insurans.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Dr Collin Babat (gambar) berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 28 Oktober 2021, mangsa berusia lewat 50-an menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan diri dari sebuah syarikat insurans mengatakan mangsa ada membuat tuntutan insurans sebanyak empat kali.

Tambahnya, mangsa yang menafikan perkara tersebut telah disambungkan dengan pihak 'polis Bukit Aman'.

"Mangsa telah bercakap dengan seorang yang berpangkat 'Inspektor' dan telah dimaklumkan terlibat dengan penggubalan wang haram sebanyak RM1.8 juta.

"Kemudian mangsa telah dihubungkan dengan seorang 'peguam bela' bagi tujuan membantu mangsa membersihkan nama," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Collin memberitahu, mangsa juga telah diarahkan untuk membuka akaun bank bagi proses penyelesaian masalah tersebut.

Jelasnya lagi, pada 7 November lalu, mangsa telah membuka akaun bank dan menyerahkan gambar kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor pin kepada suspek.

Katanya, pada 15 November 2021, mangsa telah diarahkan membuat pinjaman kepada sebuah bank di Sibu dan pinjaman sebanyak RM75,000 itu telah diluluskan pada 23 November.

Menurutnya, pada hari sama, mangsa telah memindahkan wang tersebut ke dalam akaunnya melalui kaunter bank tersebut.

"Pada 9 Disember 2021, mangsa diarahkan dan telah membuat pinjaman kepada sebuah lagi bank dan pinjaman sebanyak RM27,000 telah diluluskan. Pada hari yang sama mangsa telah memindahkan wang tersebut ke akaun bank miliknya.

"Pada 13 Disember, mangsa diarahkan dan telah menggadaikan barang kemas miliknya berjumlah RM20,000 yang dikreditkan ke akaun bank miliknya. Pada 16 Disember, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM16,000 ke akaun bank," ujarnya.

Collin berkata, mangsa telah diarahkan untuk tidak memaklumkan perkara ini kepada sesiapa dan semua dokumen transaksi telah dibuang.

"Namun pada 12 Januari 2022, mangsa telah menceritakan perkara tersebut kepada suaminya dan telah sedar dirinya ditipu dan berikutan itu mangsa mengalami kerugian sebanyak RM118,000," jelasnya.

Menurutnya, modus operandi suspek memperdaya mangsa membuka akaun bank untuk mangsa memindahkan wang bagi tujuan pembersihan nama dari kes penggubalan wang haram yang tidak wujud.


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050764 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list