CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 10

[Dunia] Flight British Airways. London - Orlando hanya ada 1 penumpang shj. Boleh makan tanpa had sepanjang 8 jam

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Satu-satunya penumpang pesawat, diberi hidangan makanan tanpa had
Agensi

London: Seorang lelaki terkejut selepas menyedari dia satu-satunya penumpang dalam pesawat British Airways dari London ke Orlando.

Kia Forsyth dari Derby menaiki penerbangan itu bagi menyambung pengajiannya di Amerika Syarikat (AS).

"Ini adalah pengalaman yang menakjubkan kerana menaiki penerbangan yang tiada penumpang lain.

"Dalam penerbangan itu hanya saya saja penumpang ditemani kru untuk perjalanan selama lapan jam," kata Kia.

Dia berkongsi pengalamannya itu di TikTok pada 10 Januari lalu dengan menunjukkan tempat duduk lain di dalam kabin kosong.

Katanya, dia kemudian mengambil keputusan untuk tidur di emlat kerusi penumpang sebaris tempat duduknya yang kosong.

"Penerbangan ini selama lapan jam dan saya berasa paling selesa sepanjang pengalaman menaiki pesawat," katanya.

Kia juga menunjukkan pelbagai makanan yang disediakan kru kabin untuk dia nikmati sepanjang penerbangan.

"Mereka memberikan saya makanan serta minuman tanpa had," katanya.

Video itu ditonton lebih 170,000 kali dan netizen menganggap Kai sangat bertuah kerana merasai pengalaman sedemikian.

Bagaimanapun tidak kurang yang menganggap ia pengalaman yang menakutkan kerana hanya bersendirian sepanjang penerbangan.

"Saya masih ingat penerbangan dari JFK ke Gatwick dengan hanya 10 penumpang saja di dalam pesawat," kata seorang netizen.

Disiarkan pada: Januari 16, 2022 @ 2:06pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat sini dah kena cancel dah flight tu. Byk kali dh org kena alasannya pax x ramai kesiannn
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak naik bas ekspres ke Dungun 9 jam pun tak tahan, apatah lagi 8 jam
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:55 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 16-1-2022 06:39 PM
Kalau kat sini dah kena cancel dah flight tu. Byk kali dh org kena alasannya pax x ramai kesiannn

cancel tu x kot..tp di delaykan...ptt tghr finally ptg br bleh fly...last kena dgn malindooooo
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pernah merasa naik feri ke penang sekeluarga jer.. mmg xde org lain time tu.. staf yg bertugas kt situ pun kata mmg tak pernah jadi mcm tu.. merasa lah feeling2 kami dah book satu feri tu all to ourselves  
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni namanye ferry flight. The flight diteruskan sebab balik nanti baru penuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So kalo ada sorang je penumpang, mmg FA tu buat safety briefing dgn dia sorang je la kan
Ala2 borak mcm biasa jah
Takyah ikut skrip safety briefing bagai mcm biasa tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:37 PM | Show all posts
pernah light aku dari Chicago ke Doha the whole cabin ada lah dalam 7-8 orang kot.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 07:35 AM | Show all posts
Bestnya...x de lah rasa sesak ramai dlm kapal. FA pun boleh relax x pyh lyn karenah penumpang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa2 sekitar tragedi MH370, flight Mas byk kosong gak flight antarabangsa. Ada video mat salleh tunjuk lebih kurang mcm nilah situasinya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Flight domestic pun pernah merasa makan tanpa had. Perjalanan sekejap aja tak sampai 3 jam, but kejap kejap steward/ess tanya nak aiskrim tak, nak lagi nasi tak, nak kopi tak, nak kacang tak. Hahah I enjoy je lah then FA pun jenis melayan katanya last flight hari tu. Waktu tu covid baru nak reda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.396209 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list