CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 890|Reply: 5

Sepah Rose kateww tengok jadual retis kpoop terus rasa kerdil. Tengok diri kat cermin terus rasa macam noreen keww?

[Copy link]
Post time 16-1-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Tengok jadual artis K-pop, buat Sharifah Rose rasa kerdil

PETALING JAYA – Kagum dengan disiplin kerja artis K-pop. Begitulah yang diakui pelakon Sharifah Rose apabila menceritakan pengalamannya berpeluang bertentang mata dengan salah seorang anggota kumpulan terkenal Korea Selatan, Got7 iaitu BamBam.

Menurut pelakon yang mesra disapa sebagai Rose, episod pertama program Master In The House bersama BamBam antara momen yang tidak akan dilupakannya sebagai anak seni.

“Nampak kehidupan BamBam yang merupakan selebriti kelahiran Thailand seperti normal tetapi sebenarnya dia bekerja bukan selama 24 jam sehari tetapi 25 jam.

“Rutin hidupnya menjadi penyanyi, pelakon, penari dan pengacara kemudian ada pula dia berulang-alik Korea-Thailand, memang terkejut dengan usaha yang diberikan untuk berada di tahap sekarang. Sangat mengagumkan saya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Rose yang terkenal menerusi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu memberitahu perkongsian BamBam sememangnya berjaya meninggalkan bekas dalam dirinya sebagai seorang pendatang baharu dalam dunia seni tanah air.

“Apabila mendengar cara dan rutin kerjanya, rasa kerdil sangat sampaikan terfikir kecilnya saya yang merupakan artis baharu dalam dunia hiburan dunia.

“Sebelum ini saya ada juga rasa penat sebagai pelakon tetapi selepas melihat usahanya, saya terus buang pemikiran tersebut.

“Selain itu, program ini juga merupakan platform untuk saya belajar dan mendapat ilmu daripada barisan selebriti yang terlibat sebagai Master,” katanya lagi.

Semalam, episod pertama Master In The House memaparkan BamBam sebagai selebriti jemputan yang bersiaran malam tadi menjadi bahan bualan hangat sehingga trending dalam Twitter.

Sebagai info, selain Rose, Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea dan Meyra merupakan pengacara bagi program yang diadaptasi daripada Korea Selatan tersebut.

Selepas BamBam, beberapa selebriti dan individu popular bakal mengisi posisi sebagai Master untuk setiap episod akan datang seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan koregrafer tarian kumpulan K-pop terkenal, BTS iaitu Son Sung-deuk. – K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 03:31 PM | Show all posts

SHARIFAH ROSE kini muncul dengan program Master In The House yang turut menampilkan BamBam Got7.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahh..baru nak tau kaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon carutan @Kurex dan @dudaberhias pakai template utk ruhainies pun boleh utk carut minah ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg lah dik oiii theyols kerja nak mati sebab takde konsep kesederhanaan. Tak perlu break utk lima waktu. Dunia sepenuhnya..
Janganlah buat terkejut beruk
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kih3
Dek pah
cerr tanya kenapa jadual heol padat?
group heol femes satu donya
belum tengok jadual bts lagi
dek pah femes tak satu donya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.287741 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list