CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1725|Reply: 10

Lady Gaga Mesia beria suruh Halimaton Saadiah datang FB Live walaupon tak sihat, rupanya nak bagi seprais tajaan pengeluar bantal sendu iklan tepi highway

[Copy link]
Post time 16-1-2022 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Mak Wan pengsan terima kejutan Didie Alias

KUALA LUMPUR: Lebih setahun menanti, akhirnya impian pelakon Mak Wan Latah, 60, menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah akhirnya termakbul.

Berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 25 Disember lalu atas tajaan pengeluar bantal, Das Abdul Global (DAG), Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud terhutang budi kepada pelakon dan pengacara, Didie Alias.

Dengan linangan air mata, Mak Wan berkata, dia berterima kasih kepada Didie yang sentiasa mengambil berat keadaannya. Atas bantuannya, impian menunaikan umrah termakbul.

"Didie mengundang saya menyertai sesi Facebook (FB) Live, kononnya mahu meraikan ulang tahun anaknya.

"Ketika itu, saya tidak sihat kerana alami semput dan kencing manis. Awalnya, saya menolak untuk datang, tetapi, Didie beriya-iya minta saya datang juga.

"Didie beritahu ada orang datang mengambil saya menaiki Grab. Jadi, dalam keadaan terpaksa, saya pergi juga untuk tidak menghampakan permintaannya.

"Apabila tiba di sana, Didie minta saya berehat dan bersolek. Saya tidak sangka, Didie mahu menemubual saya untuk program FB Live," katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berkongsi, dia sempat mengambil pam untuk penyakit semput sebelum muncul dalam sesi FB Live itu.

"Ketika dalam sesi FB Live, Didie bertanya sekiranya diberikan pilihan, ke mana saya ingin pergi? Dengan ikhlas saya menjawab, saya akan simpan sedikit duit kerja penggambaran untuk menunaikan umrah," katanya yang pernah menjejakkan kaki ke Makkah, enam tahun lalu.

Namun, ibu tunggal yang pernah membintangi filem Jangan Pandang Belakang Boleh dan Nasi Tangas itu tidak menyangka Didie ingin membuat kejutan apabila memaklumkan syarikat pengeluar bantal terkemuka itu berhajat mahu menajanya menunaikan umrah.

"Sebab terlalu terkejut, saya terus pengsan selama lima minit. Saya terkejut seorang pendosa seperti saya dipilih menjadi tetamu Allah.

"Lebih bermakna, apabila pemilik syarikat pengeluar bantal itu bukan sahaja menaja saya, malah, turut bermurah hati menaja seorang ahli keluarga menemani saya apabila mengetahui saya kurang sihat," katanya.

Mak Wan berkata, dia terhutang budi kepada Didie. Dia antara rakan yang sangat baik dan rajin bertanyakan khabar.

"Didie banyak tolong saya sejak bergelar ibu tunggal sehingga sekarang. Macam-macam yang Didie pernah bantu, bukan sahaja dalam bentuk barangan, malah wang ringgit.

"Jika tidak sihat, Didie antara rakan artis paling cepat sampai," kata Mak Wan terharu.

Mak Wan yang selamat pulang ke tanah air ditemani adiknya, Halimatul Noor Mohamad Daud ketika ke Tanah Suci.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 03:07 PM | Show all posts

Mak Wan terhutang budi dengan Didie yang banyak membantunya sejak bergelar ibu tunggal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 03:07 PM | Show all posts

Mak Wan selamat pulang ke tanah air ditemani adiknya, Halimatul Noor ketika berangkat ke Tanah Suci pada penghujung tahun lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 03:08 PM | Show all posts

Mak Wan terima kejutan Didie dan penaja pakej umrah ketika muncul dalam sesi FB Live, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 03:10 PM | Show all posts
[youtube]vd-P8NR88ag[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 03:12 PM | Show all posts
[youtube]idIKV5Zdth4[/youtube]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko punnn didie gaga
orang tu tengah tak sihat kotttt
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik jgk didie ni. Semoga bertambah2 la rezeki tokey bantal dan didie.
Apa nama betol didie ni. Tak kn da tua bangka kerepot pun nk berdidie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
missHaidiD replied at 16-1-2022 07:02 PM
Baik jgk didie ni. Semoga bertambah2 la rezeki tokey bantal dan didie.
Apa nama betol didie ni. Tak ...

Hahahahhhhhh..lawak Komen u
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:11 AM | Show all posts
missHaidiD replied at 16-1-2022 11:02 AM
Baik jgk didie ni. Semoga bertambah2 la rezeki tokey bantal dan didie.
Apa nama betol didie ni. Tak ...

kelakarlah komen ko ni

x silap aku nama dia fazilah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:42 AM | Show all posts
missHaidiD replied at 16-1-2022 07:02 PM
Baik jgk didie ni. Semoga bertambah2 la rezeki tokey bantal dan didie.
Apa nama betol didie ni. Tak ...

Didi & Friends
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062737 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list