CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 3

[Dunia] Scotland. Selama 6 tahun terbayar bil elektrik kediaman lain

[Copy link]
Post time 16-1-2022 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Terbayar bayar bil elektrik kediaman lain sejak 6 tahun lalu
Agensi


Glasgow: Entah di mana silapnya, seorang wanita di Scotland terpaksa menanggung hutang bil elektrik sebanyak 4,000 pound sterling (kira-kira RM22,800).

Lesley Hill, 43, didenda dengan jumlah itu selepas syarikat tenaga elektrik negara berkenaan mendakwa dia menggunakan elektrik secara haram.

Ibu tunggal itu bagaimanapun mendakwa dia membayar elektrik secara tambah nilai sejak enam tahun lalu.

Namun, bayaran itu dikatakan tidak dibuat untuk kediaman yang dihuninya selama ini.

Dia mendakwa bayaran tambah nilai elektrik itu berkemungkinan dimasukkan ke dalam akaun kediaman lain.

Dia menukar cara bayaran daripada bulanan kepada tambah nilai sejak 2015 selepas berpisah dengan suaminya.

Bayaran yang dibuat secara konsisten dan meter elektrik berfungsi dengan baik untuk tempoh setahun saja.

Selepas itu, dia mula menerima surat tuntutan hutang daripada syarikat penyediaan perkhidmatan.

"Saya kemudian membayar hutang itu secara ansuran namun terus menerima surat tuntutan hutang.

"Mereka bagaimanapun terus menghantar surat serta menghubungi saya untuk menuntut hutang sedangkan tahu saya menggunakan meter tambah nilai," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin disebabkan meter miliknya didaftarkan untuk kegunaan premis lain.

Katanya, isu berkenaan sudah disuarakan kepada syarikat pembekal tenaga dan dikatakan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

"Namun sehingga kini saya masih menerima bil pembayaran dan mereka mahu saya melangsaikan segera hutang itu," katanya.

Disiarkan pada: Januari 16, 2022 @ 12:51pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
6 tahun hutang nape tnb scotland x potong api?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dialog TNB: Habis tu, kalu potong saya punya, nanti isteri saya nak pakai apa nanti?

TNB: Pakai lilinlah!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 16-1-2022 02:05 PM
6 tahun hutang nape tnb scotland x potong api?

Entahlahh

Sebab macik dok sana dulu guna topup
Kalau tak topup xdop letrik hahahahaha

Patutnya kat Malaysia pn buat gitu juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.080571 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list