CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Kedah] Empat sekawan import ganja

[Copy link]
Post time 16-1-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode

Wan Hassan (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah jenis ganja mampat yang dirampas. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: Polis menahan empat lelaki dan merampas ganja mampat lebih 77 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM194,000 dalam serbuan Rabu lalu.

Dua lelaki ditahan di Kodiang dan dua lagi di Kuala Lumpur oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Bukit Aman.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam serbuan pertama Rabu lalu, dua suspek berusia 54 dan 60 tahun ditahan di Jalan Kodiang kira-kira jam 6.40 pagi.

Beliau berkata, polis menemui sejumlah mampatan daun kering disyaki ganja, selepas melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta dinaiki mereka.

"Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan peniaga kedai makan itu ditahan," katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Mohd Roze Shaari dan Ketua JSJN Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin.

Wan Hassan berkata, susulan daripada itu, pihaknya melakukan pemeriksaan pada sebuah kenderaan lain di bahu jalan sama dan menemui dua bungkus mampatan dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

Beliau berkata, susulan daripada penahanan dua suspek terbabit, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 27 dan 39 tahun di Bangsar dan Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada hari sama.

Beliau berkata, kedua-duanya yang bekerja sebagai peniaga kedai makan dan penghantar surat itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes itu.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dari dadah tetapi mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Wan Hassan berkata, polis turut merampas dua buah kenderaan, dua jam tangan berjenama, dua buah motosikal, wang dalam akaun dan barang kemas.

Beliau berkata, keseluruhan barang yang disita bernilai RM104,387.

"Kita percaya dadah jenis ganja ini diperolehi dari negara jiran namun siasatan masih dilakukan.

"Mereka direman sehingga Selasa ini dan akan disambung untuk siasatan lanjut," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.070281 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list