CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1568|Reply: 10

[Dunia] Tsunami melanda Jepun, ombak setinggi 3 m

[Copy link]
Post time 16-1-2022 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Tsunami sampai ke Jepun, gelombang mungkin 3 meter
Januari 16, 2022 @ 6:52am

TOKYO: Tsunami melanda Jepun lewat semalam hingga awal hari ini, dan ombak setinggi tiga meter mungkin berlaku, kata Agensi Meteorologi Jepun, beberapa jam selepas letusan gunung berapi besar berhampiran Tonga.

Agensi itu berkata, tsunami 1.2 meter mencecah pulau terpencil selatan Amami Oshima sekitar 11:55 malam tadi sebelum kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik Jepun menyaksikan tsunami yang lebih kecil.

Pantai timur pulau paling utara Hokkaido serta wilayah barat daya Kochi dan Wakayama juga menyaksikan tsunami setinggi 0.9 meter sejurus selepas tengah malam, kata agensi itu.

Penyiar nasional NHK beralih kepada program khas dan menyiarkan rakaman secara langsung dari pelabuhan wilayah terjejas, menyeru penduduk kawasan itu berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Rakaman itu bagaimanapun tidak menunjukkan tanda kelainan yang jelas.

Seorang pegawai agensi cuaca memberitahu sidang akhbar tengah malam yang disiarkan di televisyen bahawa agensi itu telah mengesan perubahan air pasang surut lebih tinggi daripada satu meter selepas jam 11 malam.

Agensi itu tidak segera mengklasifikasikannya sebagai tsunami.

Bagaimanapun, ia memutuskan untuk mengaktifkan sistem amaran tsunami awam bagi menggesa pemindahan penduduk Amami.

"Kami tidak tahu pada ketika ini sama ada ini tsunami, tetapi perubahan pasang surut yang kuat telah diperhatikan, maka kami menggesa penduduk untuk bertindak balas," kata pegawai itu pada sidang media. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Fiji diha hablom me no hablo english tersenyum sinis

Comments

Report Post:forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=0&pid=150399770 Report reason: : Malicious irrigation Report time:17-1-2022 12:06 AM  Post time 17-1-2022 01:39 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jepun lagi… tp org2 jepun semua bagus2 mentaliti diorg bila kena bencana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 01:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-1-2022 11:34 AM
Fiji diha hablom me no hablo english tersenyum sinis

Nak maki / sindir manusia, bangsa, individu, terpulang lah tapi jangan persindir ayat Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmna dah kes ni? Dah ada sunami betul2 ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2022 07:40 AM | Show all posts
Iols cuba cari video jepun dilanda tsunami tp x de...x de yg rakam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:01 AM | Show all posts
kejahatan beratus tahun merampas harga kekayaan negara lain...inilah salah satu belasanya

org putih yg menjajah negara asia, belum lagi tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Video tsunami kat Japan, please
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:55 PM | Show all posts
Takziah buat mereka dah ler salji pun turun agak lebat dari biasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.590525 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list