CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2573|Reply: 46

[Tempatan] Durian luar musim tak laku

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Durian luar musim tak laku


Zainuddin Omar, 62, menunjukkan durian Musang King dan durian kampung dijual dari rumah kerana gerai jualan di bandar Jerantut tidak mendapat sambutan pembeli. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

JERANTUT: Pokok durian di beberapa kampung di daerah ini mula mengeluarkan buah sejak beberapa minggu lalu dan ramai menyangka raja buah yang dijual di luar musim akan mendapat sambutan pembeli.

Namun hakikatnya, permintaan yang diterima menyedihkan sehingga menyebabkan penjual, termasuk Zainuddin Omar, 62, terpaksa menanggung kerugian.

"Sambutan pembeli amat dingin walaupun saya hanya jual durian dengan harga biasa, jadi saya terpaksa tutup gerai di bandar Jerantut. Selepas itu, saya hanya jual dari rumah dan secara dalam talian untuk elak bayar sewa jika menjual di kawasan bandar Jerantut.

"Banyak durian tidak habis dijual, tidak balik modal. Musim durian kali ini dijangka berakhir menjelang Tahun Baharu Cina awal bulan depan," katanya yang berpengalaman menjual durian sejak 30 tahun lalu.

Katanya, keadaan ini mungkin disebabkan ramai masih terkesan dengan pandemik COVID-19 serta banjir besar, baru baru ini dan ada juga memberi alasan menyimpan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak kerana penggal baharu baru bermula awal minggu ini.

Zainuddin berkata, selain hasil kebun sendiri, dia turut membeli durian dari pekebun lain di Kampung Hulu Cheka, Damak dan Sungai Lekok dan turut menjual durian kahwin seperti Musang King, 101, D24 dan berapa jenis lain.

"Bagaimanapun, durian kahwin ada risiko kerana tidak tahan lama, jika tidak habis, ia akan rosak berbanding durian kampung yang boleh dibuat tempoyak. Harga jualan durian kahwin antara RM20 hingga RM25, Musang King gred B antara RM30 hingg RM35, Musang King gred A antara RM60 hingga RM80, manakala durian kampung antara RM10 hingga RM15.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... luar-musim-tak-laku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
McFlurry durian bulan September lah pakcik, bolehlah pulak tersilap bulan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Seulas RM15 susah aku nak kesian kalau tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:59 AM | Show all posts
kalau harga tahap dewa dengan ekonomi sekarang..simpan buat tempoyak saja la pakcik..tambah tambah sekarang..ni musim limau mandrin pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Limau tak boleh campur dengan susu aiskrim, nanti susu tu berketul-ketul
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Durian kg RM 10-15 mahal yah bagi iols yg marhaen nih. Jual je ikut biji utk durian kg tu, maybe cpt laku. Durian kawin dgn musang king tu takpe la jual ikut kilo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mkan sendiri la pakcik fefeling nk kayangan sgt mmgla
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:05 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2022 12:05 PM

Tak sedap pun ais krim ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:30 PM | Show all posts
alahai replied at 16-1-2022 11:24 AM
Tak sedap pun ais krim ni

Alahai...ye ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Datang balik musim durian. Tapi xmeriah lagi. Dan masih mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim barang keperluan serba serbi mahal mmg tak le org nak beli durian yg confirm2 harga kayangan. Kalau pok cik jual harga marhein pasti ada je yg nak beli. Macam ayah ai jual rambutan 50 biji 4-6 inggit. Berebut je org beli walau kampung tu rata2 semua ada pokok rambutan keliling rumah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 16-1-2022 12:50 PM
Musim barang keperluan serba serbi mahal mmg tak le org nak beli durian yg confirm2 harga kayangan.  ...


Wah sudah pakai sistem bijik pulak iya? Kalu akak memang tak kuasalah diknon nak mengira satu-satu cukupkan 50 bijik rambutan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jual harga kayangan mcm tu laa.
rasa durian tu sama
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tringin nk makan. terkejut tgk buah durian tetiba muncul. tp kesihatan x mengizinkan dan sayang duit nk tanya harga pun x berani. kalu mur2 boleh la beli kat anak nak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TeropongThaico at 16-1-2022 02:37 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-1-2022 01:14 PM
Wah sudah pakai sistem bijik pulak iya? Kalu akak memang tak kuasalah diknon nak mengira satu-satu ...


Ayah ikat selonggok2. Dlm 1 ikat WAJIB 50 biji. Nnt org beli dia extrakan 4-5 biji sbb takut ada yg terjatuh dr tangkai dlm ikatan tu. Kalau tak ikut kang kena bebel
Itu je yg mak ayah buat nak ngabihkan masa lapang diarg. Semusim dpt la tiga pat angka walau harga murah gitu je
Kalau pak cik ni jual murah pun kalau rezeki blh gak sara diri dr biar membusuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-1-2022 01:14 PM
Wah sudah pakai sistem bijik pulak iya? Kalu akak memang tak kuasalah diknon nak mengira satu-satu ...

Lupa jawab.... Mmg dr dulu seikat tu org letak 50 biji. Cuma ikut nasib la. Ada yg jujur ada yg tak giteww
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pakcik cuba jual harga murah dari pasaran, mungkin ada la yang nak membeli. Kalau jual harga pasaran yang sekilo sampai rm68 tu, memang orang berkira kira nak membeli. I beli area Bentong, musang king dapat rm38/kg. Udang merah rm28/kg. Boleh la sebab tempat I jual musang king rm68, tapi bila ditengok, durian dah pecah. Dok ikat dengan getah je la dekat pangsa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga biasa? Still mahal
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup harga biasa mmg mahal. Dgn harga brg/bhn keperluan semakin naik manakala durian adalah makanan kehendak bukan keperluan maka kurang la org nk spend duit kat durian..in conclusion, purchase power kat malaysia ni makin lemah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069882 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list