CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 8

[Tempatan] Perdana Menteri penuhi impian pesakit kanser tulang

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri penuhi impian pesakit kanser tulang


Perdana Menteri,Datuk Ismail Sabri Yaakob menziarahi remaja pesakit kanser tulang tahap empat,Nurshazrina di Kota Warisan Sepang semalam. - Foto Facebook Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Hasrat seorang remaja yang menderita kanser tulang tahap empat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akhirnya tercapai apabila pemimpin nombor satu negara itu berkunjung ke kediamannya di Pangsapuri Pangsapuri Megah Villa di sini.

Nurshazrina Suryanto, 15, tidak menyangka hasratnya untuk bertemu Ismail yang diluahkan kepada beberapa pihak sebelum ini akhirnya didengari.

"Saya menyuarakan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri kepada bapa, termasuk pihak lain dan tidak menyangka permintaan ditunaikan.

"Terima Kasih Perdana Menteri kerana sudi datang menziarahi saya dan sedikit sebanyak dapat mengubati kesakitan yang dialami ketika ini.

"Insya-Allah, saya akan ingat pesanan beliau untuk terus bersabar dengan ujian Allah SWT dan terus kaut menghadapi apa juga dugaan untuk masa depan," katanya ketika dihubungi.

Semalam, Perdana Menteri menziarahi Nurshazrina di kediaman remaja itu dan pertemuan mereka diaturkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said.

Sementara itu, Ismail dalam Facebooknya berkata, ujian yang dihadapi oleh Nurshazrina menunjukkan tanda Allah SWT sayang kepadanya.

"Hari ini (semalam) saya dipertemukan dengan adik Nurshazrina di kediamanannya di Kota Warisan, Sepang.

"Nurshazrina adalah penghidap kanser dan pernah memberitahu bapanya mengenai impian untuk bertemu dengan saya.

"Bapanya menyampaikan hasrat itu kepada Setiausaha Politik saya dan alhamdulillah saya dapat merealisasikan impian beliau dengan membuat lawatan mengejut ke kediamannya.

"Nurshazrina terkejut dan teruja melihat kehadiran saya dan sebelum pulang dia bersungguh-sungguh untuk untuk bangun dan berjalan bersama saya,

"Saya bimbang mengenai keadaannya, namun dia tetap mahu menghantar saya ke kereta. Begitu kuat semangat adik Nurshazrina. Semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepada adik Nurshazrina supaya dia dapat mencapai cita-citanya," katanya.

Nurshazrina, anak kelima daripada lima beradik disahkan menghidap kanser tulang tahap empat sejak Oktober tahun lalu.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi itu sudah menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Bapanya, Suryanto Suraidi, 46, kini tidak bekerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa, termasuk membawa Nurshazrina mendapatkan rawatan di hospital yang ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor, di samping bantuan lain.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... sakit-kanser-tulang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pm.. kau ni asiklah nak buat tindakan2 utk popularkan diri..instead menziarah org sana sini...i sbg rakyat lebih suka klu pimpinan msia ni rangka strategi utk dinamik kan ekonomi msia....dulu masa banjir x nak lak lawat mangsa banjir..sibuk ptg kek
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 16-1-2022 02:31 PM
Pm.. kau ni asiklah nak buat tindakan2 utk popularkan diri..instead menziarah org sana sini...i sbg  ...

Sekuang-kuangnya dia bukan macam abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra yang kerjanya asyik nak mengurung orang jah dan tutup parlimen langsung tak mau berdialog dengan wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-1-2022 02:39 PM
Sekuang-kuangnya dia bukan macam abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari ...

Sekurang2nya abahcow letak jawatan bila org dah tak suka
Yg ni takkn nk kena ikat kat pokok letak kerengga dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila glamer tua ni
Attend kes viral je keja nya
So annoying
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:22 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan pd adik shazrina
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak Masa lapang PM ni ..patut lah ada kata jadi pm proxy abahcow party Umno ..manalah Umno Tak meratap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak-agak kalu impian akak nak berjumpa dengan anak papadafi, boleh dipenuhi tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lucu Komen korang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.445904 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list