CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3655|Reply: 60

[Tempatan] ‘Saya hilang suami, isteri tertuduh pun susah’, balu mangsa ingatkan padah bertindak ‘membabi buta’

[Copy link]
Post time 16-1-2022 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2022 05:33 PM

‘Saya hilang suami, isteri tertuduh pun susah’, balu mangsa ingatkan padah bertindak ‘membabi buta’Shaq Ismail -

January 16, 2022 9:00 AM





Philomena Edwards (kiri) tinggal bersendirian, dan dari semasa ke semasa akan dilawati anak saudaranya, Nelson Raj Nathan.



IPOH: “Saya turut simpati dengan isteri tertuduh, dia ada anak kecil dan juga mengandung,” kata balu pengawal keselamatan yang maut setelah terlantar 9 bulan akibat dipukul dengan meja sehingga pengsan.

Rasa simpati Philomena Edwards, 60, terhadap keluarga ahli perniagaan yang dituduh membunuh suaminya, dibuat atas harapan kes itu memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Apa-apa pun setiap perlakuan kita kena fikir sebelum bertindak, jangan buat dengan membabi buta kerana ada kesannya. Saya sekarang (tinggal) seorang (kerana kehilangan suami), isteri dia (tertuduh) pun kini susah.

“Suaminya (tertuduh) juga susah (kerana) kini ditahan dipenjara, jadi susah pada pihak dia dan susah juga pada pihak saya. Sama-sama susah,”
kata Philomena.



Philomena Edwards berkata suaminya, Thava Sagayam Santanasamy, seorang penyayang dan ringan tulang.


Suaminya, Thava Sagayam Santanasamy, 64 tahun, meninggal dunia Ogos tahun lalu, 9 bulan setelah terlantar susulan dipukul sehingga pengsan oleh seorang individu menggunakan meja.

Kematian pengawal keselamatan warga emas itu dikaitkan dengan tindakan mendiang melarang anak individu berkenaan menggunakan kolam renang kondominium.

Rakyat pelbagai lapisan terkejut dan marah terhadap serangan itu apabila klip rakaman serangan itu tular setelah mendiang meninggal dunia.


“Kehilangan paling besar dalam hidup,” kata Philomena Edwards mengenai kematian suaminya.
Thava disifatkan sebagai suami penyayang dan ringan tulang oleh Philomena apabila mengimbau kisah rumah tangga yang mereka dirikan selama 19 tahun.

“Ia adalah kehilangan yang paling besar dalam hidup apabila suami tiada bersama saya. Dia sangat baik, susah nak cari dapat suami macam dia. Semua kerja rumah dia yang bantu dan mudahkan.

“Saya ada banyak penyakit, saya ada kencing manis ,darah tinggi, saya seorang yang mudah marah tapi mendiang suami selalu nasihat saya, jangan marah-marah, nanti diri sendiri sakit,” katanya.

Pasangan itu tidak dikurniakan anak dan kasih sayang mereka dicurahkan kepada penjagaan binatang jalanan, tradisi yang kini di teruskan oleh Philomena.


Anjing dan kucing menjadi peneman Philomena Edwards. Ketika SS Thava masih hidup, pasangan ini akan memberi makan kepada kucing dan anjing jalanan.


“Hanya anjing dan kucing jadi pengubat sunyi jadi peneman saya sendirian di rumah. Jika dulu, setiap hari saya dan mendiang akan beri makan pada kucing dan anjing jalanan, sekarang saya tetap teruskan, tetapi bersendirian.

“Itu saja yang boleh menghiburkan dan menggembirakan saya dalam ketiadaan suami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Buntong baru-baru ini.
Serangan ke atas Thava pada 2020 itu dan kematiannya Sept lalu masih sukar diterima oleh Philomena.

Beliau masih ingat rasa tergamam, terkejut melihat keadaan suaminya terlantar akibat dipukul oleh individu berkenaan.
Philomena berkata, kejadian itu memberi kesan ke atas diri. Beliau menjadi pemarah, menyisih diri, kemurungan dan menghadapi tekanan emosi.

Namun keadaannya bertambah baik sejak kembali bekerja di sebuah kilang plastik baru-baru ini.
“Saya selalu berdoa supaya Tuhan bagi saya ketenangan. Saya okay sikit. Sekarang saya sudah bekerja dan ada ramai kawan…jadi tidaklah rasa sunyi sangat,” katanya.

Pada 12 Jan lalu, mahkamah majistret memerintahkan kes ahli perniagaan Ahmad Noor Azhar Muhammad, 34, yang dituduh menyerang Thava sehingga menyebabkan kematiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ahmad Noor didakwa membunuh mendiang di Menara Majestic A-7-1, Jalan CM Yusuff, antara 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Dis 2020.
Sebelum itu, dia didakwa di mahkamah majistret kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Thava tetapi pertuduhan dipinda selepas polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan itu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 09:31 AM | Show all posts
Kes ahli perniagaan bunuh pengawal keselamatan pindah ke Mahkamah TinggiBernama -

January 12, 2022 2:30 PM


Ahmad Noor Azhar sebelum ini didakwa kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap S Thava Sagayam tetapi pertuduhan dipinda selepas polis mengklasifikasikan semula kematian pengawal keselamatan itu sebagai kes bunuh pada 9 Sept tahun lepas. (Gambar Bernama)



IPOH: Mahkamah Majistret memerintahkan kes seorang ahli perniagaan yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada Disember 2020 sehingga menyebabkan kematian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hosna Mohamad Zikri untuk memindahkan kes yang dihadapi Ahmad Noor Azhar Muhammad, 34, ke Mahkamah Tinggi.

Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam, 64, di Menara Majestic A-7-1, Jalan CM Yusuff, antara 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Dis 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, dia didakwa di Mahkamah Majistret kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Thava tetapi pertuduhan dipinda selepas polis mengklasifikasikan semula kematian pengawal keselamatan itu yang diserang ketika bertugas di kolam renang di kondominium tersebut sebagai kes bunuh pada 9 Sept tahun lepas.






Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 tertuduh itu boleh bagi kat acik laoshi jaga supaya menjadi manusia. Kalau ikut ajaran tertuduh, silap2 kertu nanti jadi macam Stinkngok atau remaja pencuri tabung masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian acik ni
Kepada tertuduh, semoga kejadian tersebut dpt mengurangkan sifat baran dia, tak ada untung pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tertuduh br umur 34 tp rupa mcm dah dkt 50..agaknya baran dan takde aura positif, menyebabkan badan menjadi umur lagi tua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread bakal sendu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
acik tu dukung kucing ke ....besaaaarrrnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Haaa sukati nk baran kan. Mesti dah biasa maki hamun org. Skrg rasa lah hukuman atas kesalahan bodoh. Semoga aman idop dlm kurungan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Mesti sgt syg menyayangi aci n uncle ni, aci mesti rasa kehilangan sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucing aci tu beso serupa aci tu dah..
Sure berat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x tgk video tu sampai habis lepas dia lari angkut meja tu. Teruk rupanya uncle tu..
Fikir la kau dalam jail tu nanti keluar ada ke anak bini lagi kot bini pun tinggalkan dah namanya bunuh org kn. Kesian anak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Musuh utama hidup manusia adalah sifat marah dan dendam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tu anjing la dia pegang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 16-1-2022 12:07 PM
tu anjing la dia pegang

Kucing. Tengok ekor saja. Lagipun artikel kata anjing dan kucing jadi peneman hidup sheol.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:13 PM | Show all posts
sebab tu klu jupe org pemarah aja, asik marah, melenting psl bnda kecik, jgnla layan sgt
kasihan la spesis ni, sebab dorg ni mmg pendek umur
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:17 PM | Show all posts
aku tengok video si mok ni belasah uncle tu. aku yang trauma... pasal anak dia ada sebelah weh...
bapak jenis apa bantai orang tua depan anak...

betul kata auntie philomena ni, buat apa pun kalau membabi buta amatlah merugikan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-1-2022 12:09 PM
Kucing. Tengok ekor saja. Lagipun artikel kata anjing dan kucing jadi peneman hidup sheol.

anjing kaka, tgk kat sini pastu zoom
https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2022/01/Philomena-Edwards-FMT-4.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TeropongThaico at 16-1-2022 12:30 PM

Bagusnya acik ni. Walau pun dia kehilangan suami & dlm keadaan yg susah masih memikirkan anak isteri tertuduh tu. Yg si tertuduh tu jgnkan org lain, sikit pun tak ingat untung nasib anak isteri akibat perbuatan dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh cepat ya hukumannya. Baguslah. Pengajaran paling mendalam buat si pembunuh. Maybe sebelum ni dah banyak kali membaran suka hati. Kali ini no more. Harus dihukum dengan berat. Siap pakej memalukan seantaro Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga hanat tu kena belasah separa koma dlm jail by other inmates, dah elok, belasah lagi dan lagi dan lagi sampai dia keluar jail. Baru padan muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.110557 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list