CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 4

Puteri Balqis diSEKOLAHkan sampai insaf!

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Tiada lagi Puteri Balqis dahulu, yang gagal!


Puteri Balqis (kiri) bersama Noorkhiriah ketika penggambaran telefilem Itulah Takdirnya, baru-baru ini. Foto Instagram Noorkhiriah

Kuala Lumpur: Pelakon remaja sensasi, Puteri Balqis Azizi atau Aqish, 15, meluahkan dia bukan lagi 'gadis gagal', sebaliknya lebih kuat berhadapan kehidupan masa kini.

Menerusi perkongsian luahan hatinya dalam satu program siaran langsung di Facebook Garasi TV baru-baru ini, Aqish berkata dia sangat terguris dengan pelbagai dakwaan menyakitkan yang dibuat netizen terhadapnya dan ibu tersayang.

"Puteri Balqis dahulu adalah seorang yang gagal berbanding Puteri Balqis hari ini."

"Ramai yang mahu saya jadi seorang gadis ceria dan periang seperti dahulu, tapi saya yang dahulu adalah Puteri Balqis yang gagal.

"Gagal dalam menilai orang dan gagal dengan pujian. Saya tidak tahu antara madu dan racun," katanya mengakui pernah berasa amat tertekan apabila gagal mempertahankan ibunya dari fitnah.

Menurut pelakon drama Akulah Balqis dan Andainya Takdir ini, dia turut berasa tidak adil buat dirinya apabila dibuli netizen dengan bermacam dakwaan tidak benar sekali gus amat menyedihkan.

"Paling saya rasa tertekan sebab gagal pertahankan ibu saya. Orang cakap ibu penagih dadah dan gunakan saya untuk cari duit. Jadi, sekarang saya selesa jadi diri yang seperti ini," katanya.

Banyak yang diluahkan Aqish dalam siaran langsung itu berhubung dakwaan yang dianggap tidak berasas dilemparkan netizen kepada dia dan ibunya hingga membuatkannya amat berasa hati.

Katanya biarpun dia seorang anak yang manja di rumah, tetapi kini dia perlu menunjukkan perwatakan diri yang matang agar tidak terus 'dipijak-pijak'.

"Saya kena tonjolkan perwatakan diri yang matang kerana tidak mahu terus dipijak. Saya kena kuat," katanya.

Puteri Balqis yang aktif berlakon sejak kanak-kanak, pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) TV3 dan Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards (ATA) Ke-19 pada 2014.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... s-dahulu-yang-gagal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
yela nokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain maciam beban aqish ni hatta masih underaged. Parents sheols yg gagal sbnrnya…
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemu ah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:38 PM | Show all posts
k.





           
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.426925 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list