CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 2

Ani Maiyuni anggap bonus jika mara ke final GV8

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 10:39 PM | Show all posts |Read mode

Penyanyi dangdut terkenal, Ani Maiyuni.

Ani Maiyuni anggap bonus jika mara ke final GV8

PETALING JAYA – Sedar dirinya bukan siapa-siapa, penyanyi dangdut Ani Maiyuni mengakui tidak pernah terfikir langkahnya dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) mampu bertahan sehingga ke peringkat separuh akhir.

Ani atau nama lengkapnya Aishah An-Nur Osman ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk berada sehingga ke peringkat separuh akhir GV8 yang bakal berlangsung esok.

“Sejujurnya saya tidak sangka boleh pergi sejauh ini (semi final) sebab saya sedar diri. Saya membuat keputusan untuk menyertai GV8 pun sebab dah lama tidak membuat persembahan pentas.

“Lagi pun ramai peminat yang berharap saya muncul dalam kaca televisyen,” jelasnya.

Biarpun dinilai sebagai ‘underdoq’, penyanyi berusia 44 tahun itu tetap perlu menyampaikan persembahan sebaik mungkin dalam menyahut cabaran yang diberikan pada setiap minggu.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu Sedap itu berkata, sepanjang dalam pertandingan dirinya tidak pernah terfikir utuk bersaing dengan peserta lain.

Dia sebaliknya bersaing dengan diri sendiri kerana sedar tahap kemampuan tidak sehebat penyanyi lain yang turut bertanding dalam GV8.

“Setiap minggu saya berusaha untuk buat yang terbaik. Bila dapat pujian daripada juri sudah cukup buat saya rasa puas hati. Apabila sudah sampai ke tahap separuh akhir, pemikiran saya tetap sama iaitu tidak mahu bersaing dengan peserta lain.

“Sepanjang 26 tahun menjadi penyanyi, sebenarnya saya bangga dengan apa yang dilakukan hari ini dan membuktikan bahawa saya masih mampu menyanyi dan hebat,” katanya.

Jika gagal masuk ke peringkat akhir GV8, Ani reda dan pasrah dengan keputusan tersebut. Namun sekiranya mampu mara ke peringkat akhir, dia menganggap perkara itu sebagai satu bonus.

“Saya tidak mahu tertekan memikirkan soal itu (berjaya ke final). Apa yang penting saya hanya mahu lakukan yang terbaik,” kata Ani.

Pada peringkat separuh akhir esok, Ani bakal menyampaikan dua buah lagu iaitu Sumpah dendangan penyanyi Aina Abdul dan Let’s Get Loud oleh Jennifer Lopez. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... -mara-ke-final-gv8/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah juga lagu dia bawa dua dua tu. Iols harap ani dangdutkan sikit lagu Lets Get Loud tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Statement macam bakal terkeluar je tu. Sebab semua yang hauk dah keluar, tinggal sheols je kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.133250 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list