CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 97|Reply: 0

[Dunia] Thailand Optimis Menuju Ke Fasa Endemik

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 07:25 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand merancang untuk menangani COVID-19 sebagai penyakit endemik tahun ini meskipun usaha memerangi gelombang kelima jangkitan coronavirus di negara itu masih berterusan.

Timbalan Jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun berkata, pihak berkuasa Kesihatan Awam mengumumkan rancangan mereka untuk menguruskan pandemik COVID-19 dengan berkesan ketika Thailand memasuki tahun ketiga dalam memeranginya.

"Pihak berkuasa Kesihatan Awam akan mengurus gelombang jangkitan ini untuk membolehkan peralihan COVID-19 menjadi endemik apabila lebih ramai penduduk membentuk imuniti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong berkata, COVID-19 hanya boleh menjadi endemik apabila virus itu kurang teruk dan terkawal melalui kadar vaksinasi lebih tinggi.

"Kami menjangkakan penyakit itu akan menjadi endemik tahun ini. Bukanlah dalam waktu terdekat. Kami akan menganggap COVID-19 sebagai endemik apabila ia boleh dikawal dan kadar kematian rendah.

"Kami melancarkan kesedaran awam supaya orang ramai faham bagaimana untuk hidup dengan COVID-19 sebagai penyakit endemik," katanya.

Beliau menambah negara seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) juga menjangkakan COVID-19 mungkin beralih menjadi endemik.

Pada Selasa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya tidak menganggap COVID-19 sebagai endemik berbanding pandemik kerana penyebaran varian Omicron masih belum stabil.

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/01/911679/thailand-rancang-urus-covid-19-sebagai-endemik

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073125 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list