CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Sarawak] Esok penentu juara Lumba Basikal Piala Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

[Copy link]
Post time 15-1-2022 06:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kejohanan Lumba Basikal Piala Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah 2022 melabuhkan tirainya petang esok sekali gus menentukan juara dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Sepanjang hari ini, sebanyak tujuh kategori berlangsung dan perlumbaan kategori lelaki terbuka bakal menjadi tumpuan yang menghimpunkan ramai pelumba berpengalaman, berbanding beberapa lagi kategori lain.

Timbalan Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA) Alffian Kadri memberitahu, pertembungan sengit dijangka berlaku khususnya kategori utama (Terbuka Lelaki).

“Kita menjangkakan perlumbaan hari terakhir berlangsung sengit kerana menghimpunkan ramai pelumba handalan,” ujar Alffian pada sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata, perlumbaan sepanjang hari ini turut menyaksikan penguasaan hebat pelumba daripada pasukan pilihan.


Antara aksi sebahagian pelumba terlibat hari ini. – FOTO ALIF NONI

Seramai 200 pelumba mewakili pelbagai kelab di negeri ini termasuk pelumba daripada skuad Sukma Sarawak.

Saingan tersebut berlangsung di FAC Road-Politeknik Matang yang dianjurkan oleh SCA dan Persatuan Berbasikal Bahagian Kuching (KDCA).

Ia turut disokong oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta para penaja.


by Suaraswk
January 15, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.081449 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list