CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 60|Reply: 0

[Sarawak] Omicron: 36 kes dikesan Kuching, Samarahan, Sibu dan Kapit bulan ini

[Copy link]
Post time 15-1-2022 06:01 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebanyak 36 kes varian Omicron telah dikesan di Bahagian Kuching, Samarahan, Sibu dan Kapit setakat bulan ini.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera dalam laporan meliputi Disember 2021 hingga 11 Januari 2022 kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah hari ini.

Menurut beliau, majoriti kes ini melibatkan penularan dalam komuniti.

"Varian Omicron sangat mudah menular dan kes direkodkan adalah melalui penularan komuniti,” katanya.

Sehubungan itu, Dr David menggesa semua pihak supaya lebih berhati-hati terutama ketika menyambut perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

"Prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam perlu dipatuhi dengan ketat.

"Jika boleh, perhimpunan komuniti perlu dielakkan bagi mencegah penyebaran dalam kalangan masyarakat," katanya.

Beliau turut menasihati mereka yang belum mendapat suntikan dos penggalak COVID-19 agar mendapatkannya dengan segera.

Menurutnya, kajian telah menunjukkan dos penggalak perlu untuk meneutralkan penurunan paras antibodi bagi melindungi daripada jangkitan Omicron.

Sementara itu, beliau berkata IHCM, yang menjejaki varian SARS -CoV-2 yang beredar di negeri ini telah berjaya menyusun 262 sampel dalam tempoh laporan semasanya.

“Varian Delta kekal sebagai varian edaran dominan pada Disember dengan 212 kes dikesan dan enam kes lagi dikesan dalam tempoh Januari ini.

“Namun pada penghujung Disember, kita telah mengesan lapan kes varian Omicron yang mana tujuh adalah kes import dan satu kes tanpa sejarah perjalanan baru-baru ini.

“Kemudian kita mempunyai 36 kes Omicron lagi seperti yang dinyatakan tadi,” kata Dr David yang juga merupakan ahli Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak (SCoVAG).


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082034 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list