CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 1

[Sarawak] Mangsa ribut lega, rumah dibaiki segera

[Copy link]
Post time 15-1-2022 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-1-2022 09:56 AM



BAU: Mangsa ribut di Kampung Opar di sini menarik nafas lega apabila rumah mereka yang terjejas akibat kejadian ribut pada 4 Januari lepas dibaiki segera.

Antara penduduk terjejas, Daid Nigop (gambar di atas), 67, yang ditemui di rumahnya berkata bahagian bumbung dapur rumah dan stornya musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

“Masa kejadian itu sekitar jam 6.20 petang, kami sekeluarga duduk di beranda rumah apabila secara tiba-tiba ribut datang.

“Dalam masa beberapa minit sahaja bumbung dapur rumah dan stor musnah, mujur tiada yang cedera,” katanya yang mengalami kerugian antara RM50,000 hingga RM80,000.
Tambah Daid lagi, bukan sahaja rumah terjejas teruk, beliau turut kehilangan dokumen penting seperti surat tanah dalam kejadian itu.

Susulan kejadian itu Daid sekeluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Opar selama empat malam.
Sehingga kerja-kerja baik pulih selesai katanya, Daid dan keluarga kini tinggal di rumah kebunnya.

Daid juga berharap pihak kontraktor akan mempercepatkan kerja-kerja baik pulih supaya dapat kembali semula ke rumah.


Sementara itu, seorang lagi mangsa yang mengalami kerosakan teruk rumah Nojiw Ngenang (gambar), bersyukur kerja-kerja baik pulih segera dilaksanakan selepas kejadian.
“Kerja-kerja baik pulih dimulakan sebaik selepas kejadian pada 4 Januari lalu namun disebabkan cuaca hujan terpaksa ditangguhkan.

“Bagaimanapun kerja-kerja baik pulih kini hampir siap dan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang atas bantuan ini,” katanya.

Meskipun kejadian ribut itu menjejaskan teruk rumahnya, namu Nojiw bersyukur kerana tiada ahli keluarganya yang cedera.


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2022 05:59 PM | Show all posts


Billy (kanan) melihat kemajuan kerja-kerja baik pulih rumah Nojiw Ngenang (tengah) yang terjejas teruk akibat ribut taufan di Kampung Opar, Bau. -Gambar Chimon Upon

Kerja baik pulih 16 rumah mangsa ribut di Kampung Opar lancar

BAU: Kerja-kerja baik pulih 16 buah rumah yang terjejas akibat ribut taufan di Kampung Opar di sini berjalan dengan lancar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang berkata kerja pembaikan dilaksanakan menggunakan bantuan di bawah Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).

Maksimum bantuan di bawah PPRMS adalah sebanyak RM15,000 setiap rumah dan selebihnya menggunakan bantuan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

"Hari ini selepas 10 hari kejadian, saya bersama yang lain turun meninjau kemajuan kerja-kerja baik pulih rumah mangsa.

"Untuk rumah dengan kerosakan kecil, hampir semua sudah siap cuma sekarang yang masih dalam proses pembaikan, enam buah rumah yang rosak teruk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Opar hari ini bagi meninjau kerja-kerja baik pulih rumah mangsa ribut serta penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada mangsa.

Tambah Billy, berdasarkan tinjuan hari ini beliau berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembaikan dan berharap dapat disiapkan segera.

Katanya keadaan cuaca yang hujan ketika ini antara faktor yang melambatkan kerja-kerja baik pulih namun diteruskan kontraktor.

Ujarnya lagi sebagai bantuan kecemasan beliau pada hari kejadian iaitu pada 4 Januari lepas turut menyalurkan RM10,000 kepada mangsa.

Dalam pada itu kejadian ribut taufan yang berlaku pada petang 4 Januari itu telah menjejaskan 16 buah rumah dengan enam daripadanya mengalami kerosakan teruk.

Penduduk katanya turut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Opar sehingga keadaaan kediaman selamat untuk didiami.

Hadir sama Pegawai Daerah Bau Anielia Siam, Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon dan Ketua Kampung Opar Dewen Giam.


utusanborneo.com.my/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048157 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list