CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Sabah] Eksport Sarang Burung Walet Kekal Kukuh

[Copy link]
Post time 15-1-2022 05:40 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR : Permintaan yang sangat tinggi dan khasiat dari Sarang Burung Walet (SBW) membuatkan nilai pasarannya yang tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, jumlah eksport industri ini pada tahun 2020 adalah sebanyak 5,654 Tan Metrik bernilai RM1.2 bilion.

Katanya, eksport komoditi ini juga kekal kukuh di kala negara masih mengharungi penularan pandemik COVID-19.

“Sehingga tahun 2021, terdapat 16,731 premis rumah burung walet dan lima gua pengeluar SBW yang telah berdaftar iaitu Gua Gomantong dan Gua Madai di Sabah, Gua Silabur dan Gua Niah di Sarawak serta Gua di Pulau Dangli, Langkawi, Kedah.

“Hasil pengeluaran SBW daripada gua adalah sebanyak 40-60 Tan Metrik setahun. Potensi SBW gua adalah tinggi kerana harga sarang burung walet mentah gua belum bersih (EBN-RUC) adalah sekitar RM8,000 per kilogram.

“SBW gua merupakan satu produk premium hasilan Negara yang masih belum diteroka pasaran eksportnya ke Negara China yang merupakan Negara pengguna SBW gua terbesar di dunia dengan permintaan sebanyak 80 Tan Metrik setahun. Ketika ini, SBW gua mentah belum bersih hanya dieksport ke Hong Kong, Taiwan dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas meninjau operasi di loji pemprosesan SBW Beho Birdnest Sdn Bhd disini kelmarin.

Beho Birdnest merupakan antara pengusaha SBW yang bergiat aktif di Malaysia dan loji ini adalah antara yang berdaftar dengan pihak General Administration of Customs of People’s Republic of China (GACC) yang telah diberi kelulusan untuk mengeksport sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan sarang burung walet belum bersih (EBN-RUC) ke negara tersebut.

Ronald berkata, kepentingan untuk memasarkan SBW gua secara terus ke China adalah bagi memastikan produk hasilan Negara ini dapat dipasarkan di pasaran utama dengan nilai sebenar yang boleh mencecah sehingga RM20,000 per kilogram di China sekiranya ia dipasarkan dengan tahap kualiti yang dipastikan selamat dimakan serta mempunyai daya jejak.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sebelum ini juga berkata akan mewujudkan Program Sistem Pendaftaran Premis Walet yang dikenali sebagai METS bagi mengukuhkan sistem daya jejak bagi mencapai piawaian global yang turut menjadi salah satu syarat pengeksportan SBW Malaysia ke China.
“Kementerian akan terus menggiatkan usaha ini yang akan turut meningkatkan potensi eksport SBW gua ke China dalam masa terdekat.

“Negara pengimport utama SBW selain SBW gua dari Malaysia adalah China yang mengimport 80 peratus  daripada jumlah keseluruhan eksport SBW Malaysia. Sehingga tahun 2021, sebanyak 41 loji SBW di Malaysia telah diluluskan oleh GACC iaitu 38 loji EBN-RC dan 3 loji EBN-RU,” katanya.

Sementara itu, Ronald berkata, bagi memenuhi protokol eksport SBW ke China, DVS telah mengakreditasi dan memberi pentauliahan persijilan Veterinary Health Mark (VHM) kepada 30 loji pemprosesan dan persijilan Good Veterinary Hygiene Practice (GVHP) kepada 44 loji pemprosesan.

Katanya, DVS juga mengambil pelbagai langkah untuk terus meningkatkan pengeluaran Edible Bird Nest (EBN) melibatkan aktiviti dalam semua rantaian nilai dalam industri EBN iaitu pengeluaran, pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran.

“DVS sentiasa memantau industri ini bagi mengelakkan penyalahgunaan sumber produk tiruan dan mengamalkan urus tadbir industri yang diiktiraf oleh negara pengimport.

“Kementerian akan terus menggalakkan pengeksportan produk-produk SBW ke Iuar negara bagi meningkatkan nilai eksport produk dan daya saing industri ini secara keseluruhannya,” katanya.

Dalam lawatan yang sama, Ronald  turut melancarkan produk SBW gua yang dikeluarkan oleh Syarikat Beho Birdnest.


sabahmedia.com/2022/01/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047691 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list