CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Kedah] Tradisi 'lak lay' jana pendapatan musim kemarau

[Copy link]
Post time 15-1-2022 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk Kampung Tanjung Piring, Nami, Padang Terap melakukan aktiviti 'Lak Lay' atau menangkap ikan menggunakan teknik ‘menghambat’ yang dilakukan secara berkumpulan apabila tiba musim kemarau.

PADANG TERAP: Tradisi 'lak lay' atau mengejar ikan menjadi antara aktiviti unik yang dilakukan penduduk Kampung Tanjung Piring, Nami, di sini, setiap kali musim kemarau.

Aktiviti itu menjadi riadah santai bagi penduduk setempat sebagai sumber pendapatan sampingan selepas hasil getah berkurangan apabila daun getah mulai gugur.

Penduduk, Mat Ali Ismail, 54, berkata aktiviti itu menjadi tradisi turun temurun penduduk di kampung itu menangkap ikan secara tradisional di dalam sungai.

"Kami menggunakan bahagian dalam batang pisang yang diurai menjadi tali dan kemudian dilintangkan sebelum ditarik di dalam sungai.

"Ikan akan takut melihat sinaran putih daripada tali ini dan kami akan kejar ikan menggunakan kayu sambil mengetuk permukaan air.

"Ikan akan berenang ke arah pukat atau jaring yang dipasang menyebabkannya tersangkut," katanya ketika ditemui di Pengkalan Tok Harun, Sungai Cheba.

Mat Ali berkata, aktiviti itu memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang mengikut keluasan sungai dan ikan yang selalu ditangkap adalah jenis lampam, sebarau dan baung.

Bagi penoreh getah, Che Hat Ismail, 76, berkata mereka mampu mendapat sehingga 15 kilogram pelbagai jenis ikan setiap kali melakukan aktiviti berkenaan.

"Sebelum ini, pendapatan menoreh getah saya adalah kira-kira RM700 sebulan, tetapi kini saya hanya mampu meraih kira-kira RM350 hasil jualan sekerap.

"Hasil sungai yang diperoleh boleh dijual antara RM7 hingga RM8 sekilogram dan kami juga buat ikan pekasam yang boleh dijual pada harga lebih tinggi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049591 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list