CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 37|Reply: 0

Gajah ditemui mati termakan plastik

[Copy link]
Post time 15-1-2022 03:46 PM | Show all posts |Read mode

Seekor gajah liar yang ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Pallakkadu. - Foto AP

AMPARA - Ketiadaan sumber makanan memaksa kumpulan gajah liar di kawasan perkampungan Pallakkadu di Ampara, Sri Lanka pergi ke kawasan pembuangan sampah untuk mengisi perut yang lapar.

Lebih menyayatkan hati, ada yang mati setiap kali pergi ke kawasan itu setelah termakan sisa sampah yang kebanyakannya plastik, sisa toksik serta benda tajam.

Minggu lalu, dua lagi gajah ditemui mati di kawasan itu.

Hasil pemeriksaan oleh pihak veterinar mendapati, tiada makanan ditemui dalam perut haiwan itu, sebaliknya ia dipenuhi dengan plastik dan air.

"Berdasarkan pemerhatian, gajah-gajah liar yang mencari makanan di situ, mati setelah makan sisa-sisa plastik akibat terlalu lapar.

"Beg plastik, pembalut makanan dan sisa-sisa yang tidak boleh dimakan dilihat memenuhi perut mereka, manakala selebihnya air," kata doktor veterinar, Nihal Pushpakumara.

Gajah merupakan haiwan suci di Sri Lanka, bagaimanapun diklasifikasikan sebagai terancam di negara itu.

Jumlahnya sejak sekian lama telah menunjukkan pengurangan yang ketara iaitu daripada 14,000 kepada 6,000 ekor sahaja pada 2011.

Haiwan ini tidak dapat mendekati kawasan rumah kerana dikelilingi dawai besi tajam atau pagar elektrik yang diletakkan penduduk untuk melindungi tanaman. - Awani
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ti-termakan-plastik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.082009 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list