View: 2553|Reply: 16
|
Denden harap tidak dibandingkan dengan vokalis asal, @amira_adlina tersenyum sinis di bucu Aweera Kasteel?
[Copy link]
|
|
Denden minat Amy, Search sejak kecil
KUALA LUMPUR: Mengagumi kumpulan legenda ikonik Search sejak dari kecil membuatkan penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, sukar menolak lamaran sebagai vokalis.
Penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia itu terharu dan tidak menyangka bakatnya menjadi perhatian anggota Search untuk menggantikan tempat vokalis lama.
Selain Denden atau nama sebenarnya, Denden Samsuhendar, kumpulan yang ditubuhkan 40 tahun lalu itu kini dianggotai Din selaku pemain gitar, Kid (gitar), Yan (bass) dan Pae (drum).
"Saya menerima lamaran Search hampir sebulan lalu. Saya tidak mengambil masa yang panjang untuk mempertimbangkan.
"Saya akui meminati Search dan membesar dengan lagu-lagu mereka sejak kecil. Jadi, tawaran ini umpama bulan jatuh ke riba dan kebanggaan buat saya.
"Walaupun ada persepsi mengatakan Search tidak lagi sepopular zaman dahulu, tetapi saya tetap bangga dapat menjadi sebahagian kumpulan legenda ikonik Malaysia. Saya tidak menyangka impian saya menjadi kenyataan," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, bakat besar Denden mula menjadi perhatian anggota Search menerusi laman YouTube miliknya.
Kemampuan Denden menyanyikan lagu Search yang bernada tinggi tidak diragui anggota kumpulan itu, ditambah pula kemampuannya memukau juri pada acara 'blind audition' program The Voice Bulgaria pada Oktober tahun lalu menerusi lagu She's Gone daripada Steelheart.
Pengalamannya dalam dunia seni suara bukanlah baharu, Denden pernah berduet dengan penyanyi dengan nama besar di Indonesia dalam pelbagai program hiburan, antaranya, Judika, Inka Christie, Sule dan Ian Kasela daripada band Radja.
Bagaimanapun, Denden berharap, dirinya tidak dibandingkan dengan vokalis asal, Amy.
Katanya, dia dan Amy memiliki cara dan gaya berbeza dan ia tidak sepatutnya dijadikan bahan pertikaian.
"Saya menyertai kumpulan Search bukan berlawan mahupun membuktikan siapa lebih hebat. Ini kerana Amy menjadi idola saya sejak kecil lagi.
"Lagipun, pengalaman kami dalam dunia muzik juga berbeza. Kami ada cara dan gaya tersendiri.
"Jika ada persepsi mengatakan saya tidak setanding atau tidak sesuai bersama Search, saya tidak kisah. Saya juga tidak mahu ulas mengenai perkara ini. Terserah kepada pendapat masing-masing," katanya yang kini masih berada di Indonesia.
Bagaimanapun, Denden berkata, dia tidak sabar terbang Malaysia untuk bersama-sama dengan anggota kumpulannya itu.
Denden memulakan kerjaya dengan mewujudkan saluran YouTube sekitar 2014. Kehebatannya mendendangkan lagu bernada tinggi terutama milik Steelheart berjaya membuatkan Denden menjadi perhatian ramai sehingga diundang menyertai pelbagai program televisyen di Indonesia.
Sehingga kini, saluran YouTube Denden memilik hampir 600,000 pengikut dan pernah menghasilkan lagu berjudul Mimpi pada September lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun ada persepsi mengatakan Search tidak sepopular zaman dahulu, namun, vokalis baharu, Denden tetap bangga dapat menjadi sebahagian kumpulan legenda ikonik Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Selain Denden selaku vokalis, kumpulan legenda ikonik Search kini dianggotai Din (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Pae (drum). |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingerprincess at 15-1-2022 04:01 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CYtVV7AL8IZ/[/ig]
[youtube]Bo8I_SLo4B0[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]NqNkAEENfMU[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]BfC11R6SnLo[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
apa komen amy |
|
|
|
|
|
|
|
Japp ape kaitan aweera dgn denden ni |
|
|
|
|
|
|
|
amira_adlina replied at 15-1-2022 05:52 PM
Japp ape kaitan aweera dgn denden ni
Denden will be displaced by aweera as search anchor after this sunday...
Kahkahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
stingerkitkat replied at 15-1-2022 05:57 PM
Denden will be displaced by aweera as search anchor after this sunday...
Aweera kate dia xnk join lagi dah band2 legend
Sbb dia minat dan menghormati dorg sajok |
|
|
|
|
|
|
|
amira_adlina replied at 15-1-2022 06:11 PM
Aweera kate dia xnk join lagi dah band2 legend
Sbb dia minat dan menghormati dorg sajok
Rockerz kental buah kedondong ni lazimnya macam lalang.....sama macam otaknya....ikut angin.....
Kahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu jela sting esok,rasanya bakalan viral lagi tu penangan Aweera bawa lagu fbm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingerkitkat at 15-1-2022 06:37 PM
Miss.Bunga replied at 15-1-2022 06:24 PM
Tunggu jela sting esok,rasanya bakalan viral lagi tu penangan Aweera bawa lagu fbm
Like im sure fanzmaniacz peks ngernyam macam ko tidak boleh buat pertimbangan yg waras utk membezakheun mengkritik keras bukan bermaksud utk terus kuburkheun kariernya tapi lebih untuk hentak palanya didinding to tell him that he is capable of doing more than what he claims to be just doing apa yg dia mampo...you can never be sure what you can achieve because the skys the limit
In short...There is no fcuking drives in him to reach and stretch beyond what he may just think that he can achieve....ie sekadar yg dia mampo
Ko paham tak? Atau otak ko terlalu kosong utk paham? |
|
|
|
|
|
|
|
stingerkitkat replied at 15-1-2022 06:34 PM
Like im sure fanzmaniacz peks ngernyam macam ko tidak boleh buat pertimbangan yg waras utk membeza ...
Tak tahu la apa yg menghalang aweera sekarang..very timid..engko g jadi PA dia sting |
|
|
|
|
|
|
|
Yukiroses replied at 16-1-2022 02:46 PM
Tak tahu la apa yg menghalang aweera sekarang..very timid..engko g jadi PA dia sting
He can never afford me……to be his PA.
Setakat Simon Cowell nak aku jadi PA nya aku tolak mentah mentah ….ini khen pula budak sekor slang selenger ,pemalas bukak mulut bila menyanyi ini.
Nawaitu tak betul weera ni
Aku nyahkheun aja
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
stingerkitkat replied at 16-1-2022 04:39 PM
He can never afford me……to be his PA.
Setakat Simon Cowell nak aku jadi PA nya aku tolak mentah ...
Tak hagak2 siakk hahhha
G makan ubat sting teruk dah tu wakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Yukiroses replied at 16-1-2022 06:46 PM
Tak hagak2 siakk hahhha
G makan ubat sting teruk dah tu wakaka
Nak sediakheun hantaran dan maskawen utk bakal calon isteri masih terkemut kemut nak menabung...ada hati nak engage aku as PA si rockerz kental buah kedondong pak ali ini?
Agak agak la? |
|
|
|
|
|
|
| |
|