CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 31|Reply: 0

[Perak] Bukan hanya telur ayam mahal, harga telur itik juga melambung

[Copy link]
Post time 15-1-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Asri menunjukkan telur ayam dan telur masin yang dijual di Pasar pagi Kamunting. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM

Taiping: Peniaga telur di Pasar Pagi Kamunting di sini, mengakui sukar mendapatkan bekalan telur ayam daripada pemborong hingga memaksanya memperoleh bekalan daripada lima pembekal berbanding hanya satu pembekal sebelum ini.

Peniaga, Mohd Asri Mohd Salleh, 42, berkata, berlaku peningkatan drastik bagi harga telur itik dalam tempoh tiga bulan lalu hingga menjangkau kenaikan sehingga RM12 sekotak, menjadikan harga RM47 bagi 50 biji telur itik jualan borong yang diperolehnya.

"Bagi telur itik, boleh dikatakan kenaikan harga berlaku setiap bulan yang mana ia berterusan sejak September tahun lalu. Sejak perayaan Deepavali hingga kini, boleh dikatakan kenaikan berlaku membabitkan RM2 sekotak untuk setiap dua minggu.

"Untuk telur ayam, sekarang ini hendak dapatkan bekalan daripada setiap pembekal pun susah. Jumlah yang ada pada setiap pembekal sangat terhad yang mana kadang-kala kalau saya tempah 100 papan, hanya 40 papan yang dapat.

"Dahulu mudah sebab selain murah, saya hanya perlu ambil stok dari satu pembekal sahaja namun sekarang sehingga lima pembekal saya perlu berurusan.

"Alasan yang diberikan antaranya disebabkan banyak ayam dan itik mati kerana banjir selain harga dedak mahal," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, penetapan harga skim harga maksimum yang ditetapkan kerajaan menyebabkan keadaan bertambah parah apabila keuntungan yang diperoleh melalui jualan telur ayam mengalami penyusutan mendadak mencecah nilai lebih dua kali ganda berbanding sebelumnya.

"Sebelum ini, untuk satu papan telur ayam saya boleh dapat untung RM1.40 hinngga RM1.50 sepapan namun sekarang saya hanya mampu untung antara RM0.50 hingga RM0.60 sen bagi jualan sepapan atau 30 butir telur.

"Mahu naikkan harga, kami pun simpati dengan pelanggan khususnya mereka dari kalangan keluarga B40. Namun itulah hakikat yang perlu kita terima bahawa kenaikan harga sekarang adalah paling teruk sejak saya menceburi perusahaan ini kira-kira tujuh tahun lalu," katanya yang perlu memperoleh antara 200 ke 300 papan telur sehari.

Mohd Asri berkata, dia mengharapkan pihak berkaitan lebih cakna bagi mengatasi isu itu termasuk melalui penetapan serta pemantauan harga di peringkat ladang dan bukan terhad kepada penguatkuasaan terhadap peniaga borong dan runcit sepertinya.

"Mungkin kaedah yang boleh diusulkan adalah segera membawa masuk (import) telur dari negara jiran seperti Thailand, Vietnam atau Indonesia bagi memastikan berlaku lambakan telur yang kelak dapat menurunkan harga pasaran," katanya.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, harga telur di pasaran tempatan dijangka meningkat selepas tamat Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) pada 4 Februari ini iaitu selepas sambutan Tahun Baharu Cina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.067329 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list