CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 3653|Reply: 43

Akan bunuh ibu, ramai doakan cepat mampos namun masih kebangga dapat 5A UPSR. Jah 10A tersenyum sinis?

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 03:24 PM | Show all posts |Read mode
'Ibu difitnah, Puteri Balqis didoakan cepat mati'

KUALA LUMPUR: "Kebanyakan orang mahukan Aqish yang dahulu, seorang periang dan ceria. Sebenarnya, Aqish dahulu adalah Puteri Balqis yang gagal," demikian luahan pelakon remaja, Puteri Balqis Azizi, 14, berhubung perubahan sikap dan imej yang ditunjukkan.

Puteri Balqis atau mesra dengan panggilan Aqish berkata, dia mahu orang ramai menerimanya sekarang yang disifatkan jauh lebih baik daripada sebelum ini.

"Dahulu, saya gagal menilai orang dan gagal dilambung pujian. Seperti yang ditulis dalam buku, 38 Poems of Puteri Balqis, kesilapan terbesar saya bergantung kepada pujian.

"Saya tak tahu membezakan antara madu dan racun. Paling kecewa, saya gagal mempertahankan ibu. Ramai menabur fitnah mengatakan ibu menggunakan saya untuk mendapatkan duit, hisap dadah dan sebagainya.

"Disebabkan itu, saya rasa gagal mempertahankan ibu. Dahulu, saya penakut walaupun boleh bersuara, tetapi orang tak dengar. Namun, saya nak beritahu, itu dahulu, sekarang saya sudah boleh mempertahankan ibu.

"Saya rasa lebih baik dengan Aqish sekarang. Walaupun luaran nampak gelap, tetapi, inilah sisi Aqish yang lebih baik," katanya menerusi sesi live Facebook, Garasi TV, baru-baru ini.

Bintang cilik yang pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2014 itu berharap, orang ramai menghormati dan tidak menganggapnya berkelakuan pelik disebabkan penampilan.

Kongsinya, dia kecewa apabila ada yang menuduhnya seorang atheis yang juga individu tidak bertuhan dan mengamalkan kehidupan bebas tanpa batasan.

"Saya sebak orang cakap saya akan bunuh ibu. Saya nampak 'psikotik', makin tak terurus dan ramai mendoakan saya mati. Walaupun saya nampak okay, tetapi, ia tetap sakit kerana saya juga manusia biasa.

"Saya menangis dan meluahkan pada ibu. Mereka tidak nampak bagaimana ibu bersujud menangis mendoakan kita semua. Ibu bukan sahaja mendoakan manusia, tetapi juga alam semesta.

"Mereka tak boleh mengadili kami menerusi pakaian, itu cuma cara berekspresi. Saya mahu orang tahu, walaupun begini, kami takkan berani membunuh sekecil semut pun.

"Pakaian juga tidak menggambarkan seseorang. Jadi, tolong percaya kata-kata saya, bukan artikel dalam Google," katanya.

Biarpun dikatakan jauh terpesong daripada agama, pelakon drama Andainya Takdir itu berkata, dia tidak akan sesekali berkongsi ibadah yang dilakukannya membuktikan segala-galanya.

Terdahulu, nama Puteri Balqis kembali hangat selepas dituduh sebagai remaja bermasalah apabila penampilannya memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam dihiasi corak tengkorak tular.

Imej baharu yang ditampilkan sekali gus mencetuskan tanda tanya sehingga Puteri Balqis dianggap terpesong daripada landasan agama.

Ekoran itu, Puteri Balqis berkata, dia lebih selesa menutup ruangan komen dan mesej langsung dalam laman sosial, Instagram (IG) bagi mengelak menghadapi tekanan.

"Saya tutup komen dan mesej langsung agar tidak tertekan. Sebab pernah tertekan apabila membaca komen. Tambahan pula, saya seorang yang suka berfikir.

"Jadi, saya pilih tutup komen dan mesej supaya ia tidak mengganggu hidup saya," katanya.

Puteri Balqis berkongsi, dia juga seperti pelajar lain, cuma, bezanya tidak pergi ke sekolah, sebaliknya hanya belajar di rumah.

"Saya belajar di rumah sejak berusia dua setengah tahun, jadi, saya memang tidak pergi sekolah. Tetapi, orang salah anggap, saya tak pergi sekolah bukan bermakna tidak belajar.

"Saya masih belajar di rumah, cuma, tidak berpakaian uniform. Subjek yang dipelajari lebih 'advance' sebab saya mengikut silibus Singapura.

"Contohnya, jika tingkatan 1, saya mengikuti pengajian tingkatan 2," katanya.

Katanya, belajar di rumah lebih mudah untuknya membahagikan masa dengan tuntutan kerjaya sebagai pelakon.

"Belajar di rumah lebih senang sebab boleh atur jadual penggambaran dan dapat pilih subjek yang ingin dipelajari," katanya.

Menerusi perkongsian itu, Puteri Balqis mendedahkan, dia memperoleh 5A menerusi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 03:25 PM | Show all posts

Nama Puteri Balqis hangat diperkatakan selepas dituduh remaja bermasalah apabila penampilannya memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam dihiasi corak tengkorak tular. - Foto IG Puteri Balqis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 03:25 PM | Show all posts

Ramai salah menilai Puteri Balqis apabila dianggap tidak belajar apabila hanya bersekolah dari rumah sejak kecil. - Foto IG Puteri Balqis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 03:26 PM | Show all posts

Puteri Balqish kecewa apabila ada yang menuduhnya atheis yang juga individu tidak bertuhan dan mengamalkan kehidupan bebas tanpa batasan. - Foto IG Puteri Balqis
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
daripada ko tutup komen, lebih baiklah ko tutup media sosial terus dik, sebab media sosial ni kekadang so sial
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bkn UPSR dah mansuh ke tahun lepas?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap macam org tgh mabuk je
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Note8687 replied at 15-1-2022 04:41 PM
Eh bkn UPSR dah mansuh ke tahun lepas?

Bdk ni betol ke tak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik sukatan pelajaran Singapore,tiba2 ambik UPSR . Lain macam pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 06:30 PM | Show all posts
Home schooled ni bukan kene ade kebenaran ke?
And kalau parents sendiri yang home school, mmg kene buktikan betul2 deme leh ajar.
Die ni sape yang ajar?
Youtube ke?
Kalau die 14 means UPSR 2 thn lepas la kan, sbb last year xde UPSR, and 2020 pun xde UPSR.
So, adekah beliau buat ujian sendiri UPSR yang tahun2 sebelum ni and tanda sendiri pastu ngaku 5 A?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 06:42 PM | Show all posts
UPSR versi silibus mak dia kot. Dia ni sembang bole tahan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Musykil exam apa yg diambilnya memandangkn UPSR dah mansuh. BTW TT this has nothing to do with Jah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai mendoakan ko mati?

Ye ye je ko ni dik buat citer… x kuasa la netizens nak doa mcmtu…
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneh ya budak ini, seperti manusia2 pelik yg berlegar2 di parking sekitar ibu kota pada waktu malam. Seperti creepy gitu

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:04 PM | Show all posts
sheols semacam dah terkena sihir iluminati je meols tengok. Macam boleh rasa. Tiber. Tapi tu lah yang meols rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Note8687 replied at 15-1-2022 04:41 PM
Eh bkn UPSR dah mansuh ke tahun lepas?

kantoi disitu takkan la dia aje kan amik upsr
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat 1st time tgok  dia berlakon, masa tu jadi anak Tiz Zaqyah, masa tu rasa.. pandainya budak ni berlakon, x sangka gini jadinya, moga ada yg dapat membimbingnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:24 PM | Show all posts
UPSR ???

apsal sis rasa pening lalat dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 15-1-2022 09:31 PM
Note8687 replied at 15-1-2022 04:41 PM
Eh bkn UPSR dah mansuh ke tahun lepas?


Dia umur berapa dah , rasanya batch dia last upsr tahun 2019 kan.Rasanya salah tulis tu sbb dia ni tahun ni umur 15 kalau tak salah la.
Upsr takde sejak 2020
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian ko dik
Life x happy mcm remaja sebaya yg lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.087055 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list